Syukur malam tadi dapat diadakan majlis solat hajat dan doa selamat di Masjid Abu Bakar, SS19 Subang Jaya. Terima kasih kepada Imam Abas dan kariah masjid yang sudi meluangkan masa bagi majlis ini. Semoga doa kalian diberkati dan bapa mentua saya sihat sejahtera selepas pembedahan nanti. Insya-Allah.

"Penyakit jantung yang sebelum ini hanya menyerang golongan berusia, kini mula 'mendekati' rakyat negara ini yang berusia kurang 40 tahun..."


Ini laporan Berita Harian pada awal minggu ini.

"...gemar meminum teh tarik, memakan nasi lemak dan roti canai serta menghisap rokok secara kerap..."

Merupakan punca utama golongan muda terdedah kepada penyakit jantung.

"...tabiat kurang suka bersenam 'mendekatkan' mereka kepada pelbagai risiko seperti obesiti, darah tinggi dan kencing manis, iaitu penyebab penyakit jantung."


Saya kini sangat kurang bersenam. Tambahan pula bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin.

Adakah...Apakah...?

5 komen:

Ticer Syah berkata...

sila daftarkan diri kat gym terdekat.... NOW!

theblabber berkata...

saya juga langsung tidak pernah bersenam sejak ke sini. hari-hari berazam mahu ke gym, tapi itulah, busy. huhu (alasan tipikalkan?)

Felicia F. Ramzi berkata...

hmm..kalau jalan ke kelas, naik tangga, boleh kira sebagai senaman tak? pastu, saya jogging.. no, saya jogging yang berjalan.. kira bersenam jugak lah kan? hik

Adlan berkata...

saya berumur 23 tahun. tapi malas bersenam. cuma rajin berjalan je. kalo jalan kaki pun bersenam jugak kan?

pejabat hawa dingin pun sedap je..

mnr berkata...

rakyat malaysia semakin sibuk..plg dari pejabat, sampai rumah, dah maghrib..