Terdengar di radio petang semalam, "Hari raya ini paling suram kerana ibu ayah bergaduh pada pagi raya." Rupa-rupanya bergaduh hanya kerana lontong. Tidak sesuai!

Terbaca akhbar pula ada penulis yang menyatakan kesedihan kerana diceraikan suami pada pagi hari raya melalui telefon.

Saya sangat optimis semasa beraya di rumah saudara mara dengan perbualan yang positif. Ya seingat saya semua perbualan adalah positif. Yang jelik hanya apabila orang bertanya, "Bila dapat anak?" Tetapi saya dan isteri tidak sesekali pesimistik mahupun berasa pesimis dengan basa-basi yang menjelikkan itu.

Cuma sangat menjelikkan apabila orang beraya di rumah mentua saya (Subang Jaya), yang tidak lain tidak bukan berkisar tentang penyakit yang sedang dihadapi pak mentua saya. Yang menjelikkan apabila bercerita tentang akibat penyakit jantung, sehingga terbawa-bawa ke bab kematian.

Memanglah kita perlu senantiasa mengingati kematian, tetapi apakah perlu berborak tentang hal itu dengan pak mentua yang sedang menanti giliran menjalani pembedahan pintasan jantung? Bukankah lebih baik berbicara hal-hal yang mempositifkan minda.

Sekiranya perbualan semasa beraya itu baik, saya akan membincangkan isi perbualan tersebut bersama isteri semasa dalam perjalanan pulang.

Seronok mendengar apabila emak abah merancang mahu menunaikan umrah tahun hadapan, Acik Olah ditawarkan untuk naik pangkat walaupun dia menolaknya, Abang Fadil yang akan ditukarkan ke Putrajaya meminta nasihat isteri untuk menyaman pemaju yang gagal menyiapkan rumahnya di Sepang, kawan yang merancang melaksanakan projek itu dan ini, bos yang mengirimkan SMS ayat indah-indah sebelum mengingatkan untuk buka e-mel (agaknya bos beraya 1 Syawal sahaja), melihat Umi gembira dikunjungi "bakal suaminya", selain mendengar anak-anak buah yang kecil-kecil bercerita tentang duit raya.

Segalanya boleh menjadi lebih indah sekiranya kita sihat sejahtera mental dan fizikal. Cara pemakanan saya dan isteri sudah berubah bermula raya ini. Jika dulu memasak menggunakan minyak Cap Buruh, malam tadi kami beli minyak Sunflower. Kalau dulu beli apa-apa sahaja jenis beras, tetapi kini nasi yang dimakan daripada Herba Ponni (bukan beras perang yang mahal).

Insaf mendengar nasihat doktor semasa bercakap dengan pak mentua saya, "Sebenarnya semua penyakit ini bermula daripada pemakanan dan gaya hidup kita 20-30 tahun lalu."

* Tertarik dengan iklan kempen terkini jangan merokok, "Don't break my heart!"

11 komen:

Nida Shaari berkata...

cantik gambar..

jane berkata...

nuar,

ipar saya tidak balik kg beraya kerana berebut masing2 nak balik ke kg sendiri dahulu....alahai,dah tua2 dekat 50 pun x boleh beralah. last2 berayalah di kl! jgn merungut....!!x relevan langsung.

ZulDeanz berkata...

Wahh.... Sensitif juga bro yer...hehe!

Unknown berkata...

Cik Hanida (akan saya gunakan PUAN selepas ini),
Amatur. Belum profesional.

Cikgu Jane,
Banyak kisah sebegini yang akhirnya...bergaduh & bertengkar.

Tuan Zul,
Sebab lahir pada bulan Mac.

Ticer Syah berkata...

saya tiap2 tahun balik raya di Melaka...kuikuikui..

taun depan baru nak pk raya kat belah hubby ke tak..hahaha...

dan mmg agak bosan bla orang tanya soalan "bla nak dapat anak"... tak reti nak sabo depa nih..ekkeke...

dan mmg geram bla melawat orang sakit dok citer pasal penyakit gak.. citer la pasal benda yang menggumbirakan hati pesakit..tak reti adab menziarah orang sakit langsung.. huhu...

err..lahir bln mac sensitif kah? patot la salman sensitif...ekekekek

Tanpa Nama berkata...

masuk positif takde semangat, baca post en. anuar kali ni,terus bersemangat!terima kasih power root!

Khairusy Syakirin Has-Yun berkata...

ubat paling mujarab untuk akal - positive thinking

Unknown berkata...

Cikgu Syahidah,
Yang bab sensitif itu, Fadzilah Kamsah yang buat kajian. Saya mengiakan sahaja. Ada benarnya juga (kata isteri). Seronok menjadi orang sensitif kerana orang lain akan "berhati-hati". :)


Isteriku,
Jangan minum air yang banyak gula lagi ya!

Tuan Khairusy,
Diisi sekali dengan makanan rohani.

fusarium solani berkata...

Salam
Anuar,

Minyak kelapa sawit sebenarnya hampir-hampir sama dengan minyak soya/matahari/canola. Hal yang membezakan ialah kaedah memasak kita.
Apa-apa pun kita serdahana dalam kehidupan.

Cantik gambar Hari Raya. Saya tidak ada sekeping pun kerana sayalah tukang gambarnya

Cikgu Ibrahim berkata...

Tahun ini saya beraya di Sabah dan Terengganu.

Soalan ketika di sabah.

1. Macam mana kehidupan di KL, bagus tak?

2. Betulke kat KL pembangkang semakin kuat (KL sering digunakan sebagai panggilan bagi semenanjung malaysia)
(kebanyakannya tentang keadaan lah)


Soalan ketika di Terengganu
1. Balik jalan sesak tak?
2. Bila nak dapat anak?
3. Kat KL menyewa ke atau rumah sendiri?
(kebanyakan soalan tidak menggembirakan)

ainunL muaiyanah berkata...

oh soalan paling glamour ditanya ketika raya

1- Bila mahu kahwin?

2- Eh, Pak cik ada anak perempuan lagi seorang ke?