Sebelum berkahwin dahulu, saya akan beraya bersama-sama keluarga di rumah nenek di Kota Tinggi.

Biasanya sehari sebelum 1 Syawal, saya akan menolong emak, abah, makcik, dan pakcik di rumah nenek memasak segala juadah itu dan ini.

Namun sesudah berkahwin, maka perlu dibahagikan secara adil giliran rumah untuk berhari raya. Cara giliran kami agak berlainan sedikit, iaitu malam dan pagi raya pertama akan diraikan di rumah isteri, di Subang Jaya. Manakala dalam waktu Zuhur kami akan bertolak ke rumah saya di Kota Tinggi sehinggalah raya keempat.

Agak adil juga kerana kami tinggal di KL. Selepas empat atau lima hari di Kota Tinggi, tiada masalah kalau beraya lama-lama di KL.

Di KL, sehari sebelum raya tidaklah sama keadaannya seperti di kampung. Sebagaimana tahun lalu, saya berada di Jalan TAR pada sehari sebelum raya. Cerita menarik selanjutnya di blog Isteri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon keampunan sekiranya ada mengkritik secara tidak langsung kepada mana-mana pihak melalui laman ini.

9 komen:

theblabber berkata...

selamat hari raya incik Anuar!! :)
have a good one

mariahsj berkata...

Sesekali seronok juga dapat pengalaman baharu, kan? Kak ton pun belum dapat merasa meriahnya KL sehari sebelum raya....Berkorban apa sahaja apabila dah berkongsi hidup ini nuar oiii...

Unknown berkata...

Tuan Miezi,
Salam Eid:)

Puan Zaiton,
Ya betul. Terlalu banyak pengorbanannya. Itu yang terngiang-ngiang kata-kata kawan, "Baik kau fikir baik-baik sebelum berkahwin." haha

Pok Li berkata...

Dulu ramai kahwin sekampung. Kini ramai kahwin diluar lingkungan. Apa pun hidup bekeluarga ini macam-macam yang dikongsi dan dikorbankan. Didoakan bapa mertuanya sihat kembali.Amin

hans berkata...

selamat ari raya
maaf zahir batin
duit raya saya mana?
haha

Nida Shaari berkata...

mesti waktu tu Jalan TAR dah lengang

shootdatarget berkata...

banyak pakaian dah out of stock time tu ><

Unknown berkata...

Pok Li,
Kahwin di luar lingkungan banyak cabaran yang ada banyak hikmahnya. Terima kasih atas doa tuan.

Tuan Hans,
Salam eid. Masih dalam kategori layak menerima duit raya ya? haha

Cik Hanida (bakal bertukar status),
Siangnya ya. Malamnya tidak.

Amran,
Pakaian yang dicari Amran itu bukan musimnya.

littlemonsters berkata...

Salam,

Selamat Hari Raya, K Ina dan Abg Awi tak sempat nak telefon..sebab internet terlalulah bengong pada hari itu. Congested agaknya.
Bagaimana kesihatan Pak Lang, semoga beransur pulih. tiupkanlah kata-kata memberansangkan, InsyaAlllah lega hatinya kelak.Kita tidak dapat tidak melarikan diri dari ketentuanNya tapi bukan kita untuk mencari punca-puncanya seolah-olah menghukum si pesakit bukan gitu?. Buat Adik Umi..hmm apsal K Ina tak tahu sudah ada yang punya...buleh tolong interviewkan sekali.

Perkahwinan bukan sekadar mnyatukan dua insan tetapi lebih dari itu..bersabarlah bak kata Wan kalau nak hidup bersama selama-lamanya.