Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh (Pengerusi ITNM) dan Encik Mohd Khair Ngadiron (Pengarah Urusan ITNM) bermurah hati memberikan duit raya dan dodol kepada semua staf ITNM.

Duit raya ini tidaklah sebanyak RM350 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua peneroka Felda hasil daripada kerja keras mengait sawit dan menoreh getah.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah berkat kerja keras dan sinergi baik dengan semua pihak, hasil daripada perkhidmatan terjemahan dokumen, penjualan buku terjemahan, khidmat kejurubahasaan dan penjualan hak cipta yang diusahakan oleh staf ITNM telah membolehkan pihak pengurusan ITNM memutuskan untuk memberikan bonus dua bulan kepada semua staf. Tambahan satu bulan bonus kepada staf yang cemerlang.

Keadaan positif ini membuktikan bahawa bidang penterjemahan dan penerbitan buku tetap "kalis gawat" walaupun ekonomi dunia masih lagi belum pulih seperti sediakala.

15 komen:

nhanania berkata...

wahhh bleh laa buat jamuan makan besar nnt.. :)

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles berkata...

Memang patut dapat.Sebagai orang luar yang selalu berurusan dengan pihak ITNM,saya nampak bagaimana warga kerja ITNM bekerja bersungguh-sungguh. Moga terus bekerja dengan cemerlang.

Iman Albesuty berkata...

Salam idulfitri...

Unknown berkata...

Cik Nany,
Lepas raya nanti tentu PPZ ada majlis meraikan amil. Kira jamuan besarlah itu.

Tuan Iskandar,
Terima kasih atas sokongan tuan.

Ustaz Zaiman,
Salam Aidlifitri sheikh:)

hafizahiszahanid berkata...

Fuh.. best betul! Kitaorg kat sini tukang khabar cerita orang aje lah.. kami tak dpt bonus raya, kena tunggu bonus hujung tahun aje...

Norziati Mohd Rosman berkata...

Maaf, RM350 itu bukan kerajaan beri. Itu duit kami. Usah dengar khabar yang dibawa angin. Tak baik!

Ramadhan kareem :-)

muqayankabut berkata...

Salam Tuan Anuar,

Lebat tuan dapat dua bulan gaji, boleh buat bayat muka kereta baru.

Salam Aidilfitri buat tuan sekeluarga.

Cikgu Ibrahim berkata...

Syukurlah, buatlah rumah terbuka ye.. bolehlah saya datang.

Nida Shaari berkata...

kalau buat rumah terbuka jangan lupa jemput jiran di Balakong ye.

Hik hik hik

mariahsj berkata...

Alhamdullilah, murah rezeki.
Jangan lupa kat kami di sini. Patutlah senyum memanjang je hari itu.

Salamt hari raya dan maaf zahir dan batin...

Unknown berkata...

Puan Fizahanid,
Sepatutnya tukang cerita melobi setiap hari untuk memberikan bonus kepada semua pekerja. :)

Puan Norziati,
Seolah macam ada nada marah sahaja ya?

Tuan Muqay,
Begitulah hendaknya:)

Cikgu Ibrahim,
Datang sahaja, tidak perlu tunggu sehingga diadakan rumah terbuka. Senantiasa terbuka untuk kau.

Cik Hanida,
Sila rujuk jawapan kepada Cikgu Ibrahim juga:)

Puan Zaiton,
Senyuman lain macam hari itu ya? Hati bahagialah itu! :)

Khairusy Syakirin Has-Yun berkata...

Kalu gitu boleh le beraya kat rumah tuan nanti, minta duit raya...hehehe.>Selamat Hari Raya!

Pok Li berkata...

Tahniah pada yang dapat bonus. Selamat hari Raya. Maaf Zahir Batin

mnr berkata...

nuar, ko beraya kat mana tahun ni?

ainunL muaiyanah berkata...

bila dengar en anuar dapat banyak duit raya, rasa nak datang beraya rumah pula.


boleh dapat duit raya lagi ni sebab tak kahwin lagi.. hihi