Setiap hari, rakan unit saya, Shida menerima banyak e-mel, kerana dia merupakan penyelaras e-mel daripada info@itnm.com.my. Manakala sahabat saya di unit penerbitan & penterjemahan, Shikin pun sama kerana dia merupakan penyelaras bagi penterjemah sambilan (freelance translator).

E-mel yang diterima: Mahu menjadi penterjemah.

Malah hampir semua staf ITNM diajukan pertanyaan oleh rakan-rakan, "Bagaimanakah mahu menjadi penterjemah?" Jawapan standard, "Perlu memasuki kursus terjemahan ITNM dan menjalani ujian khusus."

Namun banyak juga yang enggan menyertai kursus kerana merasakan diri mereka sudah mantap dalam bidang penterjemahan.

Adakah aktiviti menterjemah itu merupakan bakat (innate gift) ataupun boleh dilatih?

Bagi mereka yang beranggapan aktiviti keilmuan, iaitu menterjemah ini merupakan bakat, masa hadapan bidang terjemahan akan menghadapi masa suram kerana ketandusan bakat penterjemah berkualiti.

Namun bagi mereka yang beranggapan aktiviti menterjemah boleh dilatih atau dipupuk, masyarakat akan melihat kesuburan bidang keilmuan melalui penterjemahan ini kerana jumlah penggeraknya banyak hasil daripada latihan dan kursus penterjemahan.

Hakikatnya, semua perkara boleh dilatih. Semakin hebat dan banyak skil tenaga pengajar menurunkan ilmu kepada orang yang baru belajar, semakin banyak "bakat" baharu yang dapat dilahirkan.

Namun semua ini melalui proses yang mungkin panjang serta perlu menghadapi pelbagai cabaran.

3 komen:

Cik Lin berkata...

Encik Anuar,

Gabungan kedua-duanya. Bakat dan latihan. Sebab tu la saya nak pi ikut kursus kat ITNM tu. Tapi tengah memikirkan nak buat translation sepenuh masa atau tidak je.

Unknown berkata...

Puan Imm,
Kalau ada gabungan dua perkara itu, memanglah menjadi penterjemah yang baik. Cuba menjadi penterjemah sepenuh masa. Buktikan kepada umum bahawa bidang ini boleh menjana kewangan.

AsNiza berkata...

salam..

saya sedang mengikuti kursus penterjermahan (under DBP).. kiranya baru mencuba dalam bidang ini dan lansung tiada penglaman menterjermah..

saya pun tak pasti bagaimana boleh tergerak hati untuk mengikuti kursus ini(sekarang baru selesai minggu ke-6)..mungkin gerak hati panduan dari Allah, wallahua'alam.. namun sampai kini, saya masih tertanya2 hala tuju saya dalam bidang yg baru saya ceburi ini.. mampukah saya? ada bakatkah saya? boleh buat ke? etc etc..

fyi, saya seorang jurutera proses-chemical engineering background dan tidak berminat dgn kerja saya sekarang.. salah satu sebab saya mengikuti kursus terjermahan adalah kerana saya ingin keluar dari bidang saya sekarang..

jika ada tips untuk dikongsi bersama org baru mcm saya ni, sila2 ziarah blog saya yer..

terima kasih..