Selepas kerajaan mengumumkan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012, bidang terjemahan mula diberikan perhatian oleh pelbagai pihak. Banyak pihak mencadangkan supaya bidang ini dilaksanakan dengan lebih aktif, khususnya menterjemah sains dan matematik ke bahasa Melayu.

Saya sempat berbual dengan Dr. Pisol Maidin dari Penerbit UPENA (UiTM) semasa majlis walimah Abang Azuan. Beliau masih ingat matlamat awal penubuhan ITNM adalah untuk mengaplikasikan teknologi dalam penterjemahan. Beliau juga mengetahui disebabkan berlakunya beberapa masalah, ITNM pada masa itu tidak dapat melaksanakan penterjemahan dengan aplikasi teknologi maklumat dengan baik.

Hakikatnya, menterjemah perkataan/ayat dengan komputer mahupun internet masih belum dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah saya akan membentangkan kertas kerja berkenaan isu ini di Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) di Pulau Pinang pada bulan Ogos.

Google Translate pun masih belum menawarkan aplikasi terjemahan ke bahasa Melayu. Bahasa Indonesia, Bahasa Thai, dan Bahasa Vietnam sudah lama ada. Adakah perlu penutur bahasa Melayu melobi ke Google untuk memohon mereka menawarkan perkhidmatan ini? Jawapannya YA!

Berikut bahasa yang ada di Google Translate:

Di Google Groups terdapat kumpulan yang khusus berbincang tentang aktiviti penterjemahan. Salah satu isu yang dibincangkan adalah berkenaan "Everyone who has asked Google to add another language". Hampir semua ahli kumpulan yang terlibat dalam perbincangan isu ini meminta dimasukkan Bahasa Parsi, siap dengan hujah dan rasional permohonan mereka itu.

Memanglah "penterjemahan mesin" ini belum lagi sempurna. Namun saya percaya Google akan sentiasa membuat penambahbaikan dalam setiap aplikasi yang ditawarkan, termasuklah Google Translate.

Maka sewajarnya kita melobi ke Google untuk memasukkan BAHASA MELAYU dalam Google Translate.

7 komen:

Cik Lin berkata...

err tak payah pun takpe. senang sikit penterjemah nk cari makan. hahaha jahat kan?

Ticer Syah berkata...

mcm mana nak melobi..harap2 bila dah berjaya tu jangan plak la tersalah translate..haha..

joystick : batang gembira

wakakakka...

mnr berkata...

bagus tu..takde website lain ke yang arif pasal penterjamahn melayu-inggeris inggeris-melayu..
aku kena translate jgak ni..dah seminggu..tak setel2..haha

Unknown berkata...

Puan Imm,
Semua teknologi ini sebagai alat bantu penterjemah. Rasanya tidak mengambil alih sepenuhnya tugas penterjemah.

Cikgu Syahidah,
Ish cikgu! Terjemahan joystick adalah kayu bedik, bukannya batang gembira ataupun kayu ria.

Tuan Nadmin,
Belum ada laman yang sempurna menterjemah ayat. Cubalah citcat.com. Tapi kau perlu periksa perkataan yang diterjemahkan itu. Masuklah kursus terjemahan. Boleh mohon melalui jabatan.

Ticer Syah berkata...

ok la tu kalau ikut direct translation.. ehhehe

Adlan berkata...

kalau bahasa indonesia ada, xkan la bahasa malaysia takleh buat..

imfisol berkata...

Sdr Anuar, Syabas kerana akan mengkaji isu ini lebih mendalam. Mungkin tuan perlu melihat tulisan Prof Hairuddin Harun -kerana beliau telah menulis isu AI/Kepintaran buatan dan bahasa ini beberapa kali dahulu. Maaf lambat respon. Baru sehari dua ini batuk agak reda, setelah 3 minggu.
Selamat berjaya