Yana rakan yang selalu membisikkan kepada saya "Che Lah..nak dengar tak gosip panasssssssssss?" setiap hari. Yana pembantu di Bahagian Terjemahan. Di antara tugasnya ialah membuat bayaran kepada penterjemah. Saya selalu tersenyum kerana adakalanya ia membisikan gosip yang suam-suam kuku sahaja. Adakala ia cuma melaungkan slogan gosip yang menjadi trademarknya tanpa isi. Saya kadang kala tertipu.
Tetapi petang itu dia membisikkan sesuatu yang membuatkan biji mata saya betul-betul terbeliak. Katanya baik saya jadi penterjemah kerana dia selesai menguruskan bayaran kepada penterjemah yang nilainya melebihi dari RM20K. Ahh. Menggaru kepala saya mendengarnya! Kalau begitu menterjemahkan dua buah buku cukup untuk membolehkan saya berehat bagi tempoh setahun tanpa kerja!
Dipetik daripada blog Enche.
Dipetik daripada blog Enche.
10 komen:
lumayan kalau kena gayanye.. tapi ada jugak orang amik kesempatan bayo murah.. nak2 kalau geng2 kat skola.. hehee.. satu page seplo hengget.. kalau tak pong.. satu buku upahnye belanja makan tengahari.. maklumle.. penterjemah tak profesional..so bayaran pon ala-ala tak pro la kan..ekkeke.. jadi apakah kriteria penting ye utk jadi penterjemah yang dibayar dengan harga yang berbaloi dan berpatutan?
setuju dengan komen mamat cute.
betul. penterjemah tak bertauliah ni, selalu diminta beri bayaran murah. Aku selalu tolak je kerja murah-murah. Tak berbaloi mau melenguhkan jari sendiri. Kdg2 orang kata sikap begini tanda sombong, tapi aku risau, kalau aku bagi murah, nanti lain kali diminta lebih murah. Baik aku kekalkan pada harga sedia ada je.
No turun2 harga, tapi diskaun mungkin dipertimbangkan la. Hahaha. Eh! Bila kursus penterjemahan nak dibuka? Aku rasa mcm nak kena amik je sijil. Walaupun belum rasa nak menceburi bidang ini secara serius.
eh2 sori mama.. kesian kamu jadi mamat pulak. hahaha. ini bahana melawat2 blog sambil menyudahkan kerja. ampun ya.
Cikgu Syahidah,
Maka ayuhlah menjadi penterjemah profesional. Mula-mula sertai kursus penterjemahan dahulu. Kemudian, setiap kerja dapat dilakukan dengan profesional. Namun janganlah diminta bayaran terlalu tinggi. Risau nanti industri terjemahan menjadi bidang yang terlalu elit.
Puan Imm,
Kursus sentiasa diadakan, sama ada secara intensif mahupun sambilan. Bayaran cuma RM1200 (selama 10 sesi). Lebih murah daripada kursus lain yang diadakan dua hari sahaja.
aiyaa.. 10 sesi rm1200.. kuikui.. kalau nak pegi satu sesi aje bleh ka? tp macam menarik aje.. errr..duit plastik diterima tak? ngeee
to imm: kuikui.. tetiba jadi mamat..cute plak tuh..wakakka..kadang2 payah juga nak jaga hati sahabat handai.. sat g orang kata sombong, next time nak mintak tolong kat depa, payah plak kan..hmmm.. dilema ni.. kalau kat area KL maybe takde masalah mcm kat sini..kat sini suma nye nak murah..tp perkhidmatan nak taraf pertama.. huhu
mama, sama je KL ni. ada yg mintak 1 page rm5. padahal upah menaip pun dah lagi tggi dari tu zaman ni. selalu yg macam tu aku suruh mereka translate sendiri saja. nak murah, sendiri pikir la cemana mau siapkan keje. hahaha.
Saya terlibat juga dalam bidnag terjemahan biarpun tidak serius. Angka yang diberi pada saya tidak mengejutkan kerana ia adalah harga yang perlu dibayar setelah berhempas pulas mencari padanan kata yang bersesuaian. Apatah lagi jika ia melibatkan bidang bersifat teknikal seperti perubatan, kejuruteraan, guaman, teknologi atau komunikasi.
Oh ya, apa yang perlu di ingat ialah menterjemah bukan sekdar menukar bahasa asal ke bahasa target tetapi juga melibatkan adat, budaya dan kadangkala agama, penciptaan istilah baru dan perkataan yang kadang-kadang tidak ditemui padanan yang sesuai. Pening..pening...
dah tahu lama dah
jadi penterjemah nih memang senang buat duit
tapi kebolehan menterjemah dari Bi ker Bm tu mesti hebatlah
Cikgu Syahidah,
Boleh sahaja menggunakan peruntukan kursus jabatan/kerajaan. Maknanya hadir percumalah!
Puan Norziati,
Isu terjemahan banyak perbincangannya. Apa kata jom ke Persidangan Penterjemahan Antarabangsa pada 18-20 Ogos ini di Pulau Pinang.
Tuan Hans,
Jomlah menjadi penterjemah profesional!
Mana mahal ye menterjemah atau mengajar tuisyen. Saya mengajar 1 jam RM 50.00.
Catat Ulasan