Adakalanya saya diminta pendapat oleh penterjemah baharu sama ada yang baru tamat kursus penterjemahan mahupun yang sedang dalam proses menamatkan pengajian kursus penterjemahan.

Isu utama: Sama ada mahu menjadi penterjemah sepenuh masa ataupun sambilan (ada kerja hakiki lain).

Apakah yang perlu perlu mereka tahu sebelum memasuki dunia penterjemahan secara profesional. Sebelum itu, saya ingin mengambil kisah daripada adik Puan Norizan Muslim, iaitu Tuan Amir Muslim. Puan Norizan pernah bersama-sama saya mengendalikan Dewan Kosmik semasa di DBP dahulu.

Tuan Amir merupakan lulusan graduan universiti, tetapi beliau memilih untuk menjadi penterjemah sepenuh masa, tidak perlu keluar pagi balik petang untuk ke pejabat, ataupun mempunyai almari khas yang menyimpan longgokan pakaian bekerja. Namun setiap tahun beliau berkemampuan melancong ke luar negara hasil daripada bayaran penterjemahan dengan ITNM.

Mahu sampai ke peringkat profesional itu, ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh penterjemah baharu. Sebagaimana mahu menjadi profesional/pakar bahasa, individu itu perlu au fait dengan ilmu bahasa dalam pelbagai bidang.

  1. Penterjemah baharu seharusnya sudah mahir dengan semua amalan kerja dan kaedah terjemahan. Namun bagaimana mahu mengukur kemahiran tersebut dengan menilai setiap hasil teks terjemahan? Adakah sebarang standard seperti ISO 9002 yang dapat dijadikan kayu pengukur? Realitinya, penterjemah berkualiti lazimnya mengamalkan kaedah terjemahan yang ternyata berbeza dengan penterjemah "teruk".
  2. Penterjemah baharu sepatutnya sudah menguasai ilmu penting berkenaan teori terjemahan. Mengapa? Tanpa penguasaan teori terjemahan yang mapan, penterjemah baharu biasanya akan berhadapan dengan masalah sekiranya terdapat ayat/perkataan yang sukar diterjemahkan.
  3. Biasakan diri dengan penggunaan alat teknologi yang kini digunakan dalam dunia terjemahan moden. Menggunakan kamus yang tebal semata-mata bukan lagi sangat mencukupi pada zaman kini. Penterjemah baharu harus memiliki kamus multimedia ataupun perisian kamus komputer yang ternyata banyak menjimatkan masa menterjemah.
  4. Terakhir yang paling penting, sekiranya mahu bergerak sebagai penterjemah sepenuh masa, penterjemah perlu berfikir seolah-olah sebagai peniaga/usahawan/korporat. Banyak bukti menunjukkan, penterjemah profesional yang meraih pendapatan lumayan hakikatnya mempunyai kepintaran niaga.

4 komen:

Cik Lin berkata...

Encik Nuar, setuju!

Perlu pandai memasarkan diri selain bijak cari peluang menterjemah. Saya suka kerja ini, fleksibel. Walaupun belum ke tahap lumayan, namun saya suka dengan kebebasan mengawal sendiri masa kerja.

ZulDeanz berkata...

Saya hanya nak komen,.... lay out cantik!....

Unknown berkata...

Puan Imm,
Syabas puan. Saya menyokong dengan tindakan puan menjadi penterjemah sepenuh masa.

Tuan Zuldeanz,
Tapi belum mampu membeli domain.

snid73 berkata...

"Biasakan diri dengan penggunaan alat teknologi yang kini digunakan dalam dunia terjemahan moden. Menggunakan kamus yang tebal semata-mata bukan lagi sangat mencukupi pada zaman kini. Penterjemah baharu harus memiliki kamus multimedia ataupun perisian kamus komputer yang ternyata banyak menjimatkan masa menterjemah."

Iya betul tu
lawati blog saya:
http://freelancer-snid73.blogspot.com/

ada program untuk menjmatkan masa menterjemah....