Hadiah utama (Perodua Myvi 1.3L Sxi) dimenangi Encik Jamaluddin Aloi, guru SMK Tanjung Karang.

Slogan yang dipilih adalah Membongkar Rahsia Ilmu, Menjana Masyarakat Maju.

Hadiah pertama (RM10,000) dimenangi Encik Amiruddin Ali Hanafiah, guru SMK Jinjang KL. Beliau merupakan ahli Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) yang saya pernah aktif semasa di DBP.

Hadiah kedua (RM5,000) dimenangi dua pemenang, iaitu Encik Ahmad Najib Mohamad, pegawai bank...

... dan Encik Chong Kwok Leong, jurutera MAS.

Ini bukan pemenang.

Senarai penuh nama pemenang, boleh didapati di ITNM.

Ada tiga orang kawan saya yang menang, iaitu Azli Shukri (RM1000), Rafiza Rafor (RM150), dan Khairul Anwar Shazali (RM150). Namun saya tidak terlibat dalam proses pemilihan. Jadi tidak timbul isu kronisme ya!

5 komen:

hans berkata...

bila lah nak merasa menang hadiah mahal2 nih

azlishukri berkata...

jangan risau...xada kronisme

Unknown berkata...

Tuan Hans,
Insya-Allah suatu hari nanti.

Tuan Azli,
Betul. Lagipun apa untungnya kalau aku menangkan kau 'kan!haha

ainunL muaiyanah berkata...

ala.. tak menang lah~

Unknown berkata...

Cik Ainun,
Cuba lagi tahun hadapan (ayat memujuk)! :)