Ada orang tidak suka membaca buku terjemahan, kerana dikatakan tidak betul laras bahasanya. Namun kadangkala mereka terpaksa juga bergantung kepada sari kata filem sekiranya langsung tidak memahami dialog pelakon Hindustan itu. Sari kata juga merupakan terjemahan.

Ada juga orang tidak suka membaca buku terjemahan ke bahasa Melayu, kerana dikatakan memeningkan kepalanya. Namun suka pula orang itu membaca buku bahasa Indonesia yang jelas banyak tidak difahami beberapa perkataan. Malah buku yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia yang rata-rata banyak lagi perkataan bahasa Inggeris pun banyak diborong sekiranya ke Indonesia.

Hakikatnya, tidak semua perkataan bahasa Inggeris mahupun bahasa asing yang lain dapat kita fahami. Kita sangat memerlukan bantuan kepada penterjemahan. OKU (pekak@bisu) pun memerlukan jurubahasa isyarat bagi menyampaikan maksud kata-kata orang normal.

Maka apakah makna "terjemahan" kepada diri anda?

6 komen:

hans berkata...

Untuk Memahami

azlishukri berkata...

apa2 pun buku terjemahan ITNM baik dan bermutu.

Adlan berkata...

boleh belajar perkataan inggeris yang baru!

izinni berkata...

Sudah semestinya untuk memahami. Sejujurnya jika buku bahasa Indonesia, terutama novelnya, saya lebih gemar membaca yang asli. Rohnya lebih melekat. Jika dalam Bahasa Melayu, seperti agak janggal. Itu perasaan saya. Lagipun saya perhatikan dari pengamatan saya yang seberapa ini, buku-buku bahasa Indonesia yang diterjemah ke bahasa melayu nahunya seolah mengikut nahu bahasa Asal. Ada juga kosakata yang tidak diubah.

Untuk buku-buku bahasa inggeris, lebih selesa membaca dalam bahasa berkenaan. Tapi kini saya mahu membaca karya penulis kita yang telah diterjemah ke bahasa Inggeris untuk tahu samada ada perbezaan dari yang asal.

Marliza Radzi berkata...

mengalih bahasa

Unknown berkata...

Tuan Hans,
Memahami sebelum menjadi ilmu.

Tuan Azli,
Ahli keluarga MAPIM, bukan:)

Tuan Adlan,
Saya setuju.

Puan Izinni,
Puan tentu seorang yang banyak membaca. Saya percaya puan dapat menguasai bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Indonesia dengan baik.

Puan Am,
Sebenarnya semua jawapan itu betul.Cuma interpretasi diri masing-masing berkenaan "terjemahan".