Malam tadi, buat pertama kalinya Broadband Celcom saya di rumah mendapat liputan HSDPA. Kadangkala ke 3G. Tidak lama kemudian ke EDGE dengan berkelip-kelip warna hijau ala-ala lampu dada Ultraman di modem broadband itu. Namun boleh lagilah melayari beberapa laman web daripada beroperasi tidak ubah seperti dial up sebelum ini.

Semuanya kerana saya membuat aduan melalui e-mel kepada careline@celcom.com.my atas saranan Mat Rock (Irwan Effendy).

Pagi ini dapat respons e-mel daripada mereka:

Dear Mr Mohd Khairulanuar

Thank you for your e-mail.


Firstly, we wish to express our regrets on the service experienced by
you regarding broadband service. On that note, we would appreciate if you could kindly provide the following details for our next course of action:

1) Your Celcom mobile / data package number - 019-217 8204

2) Device/PDA/Notebook/PC / Phone Brand & Model (Type of Datacard)
3) Your Operating System (Leopard/Tiger/Windows/XP/Vista -etc)
4) Web browser used to surf internet (Mozilla/IE/Netscape/Opera -etc)
5) Time period (the start date of the problem)
6) Full address of the location during the problem
7) Signal bar on your device (laptop/note book screen or on your mobile phone)
8) Error appeared when disconnected
9) Alternative contact number

We regret the inconvenience caused pending the settlement and we sincerely appeal for your kind understanding in this circumstance.

Saya menggunakan pakej pejabat dengan bayaran RM90 daripada RM98 harga di pasaran. Celcom ada menawarkan pakej lebih murah dengan kontrak tidak boleh menamatkan perkhidmatan selama 24 bulan. Hakikatnya yang bayaran RM90/RM98 pun ada kontrak 12 bulan. Sekiranya mahu ditamatkan, perlulah bayar RM150.

Hah tidak semena-mena saya menaikkan suara kepada "awek" di Celcom 1111! Semuanya tiada dimaklumkan dalam kontrak.

Tetapi saya tidaklah akan marah sekiranya Celcom Broadband di rumah boleh mendapat liputan HSDPA sepanjang masa:)

4 komen:

shahrul manshor berkata...

cubalah digi hspa..

Unknown berkata...

Abang,
Belanja ya!

ikhwanismail berkata...

Aku pun guna RM90 tur, tapi skrg aku dh batalkan kontrak RM150 kena penalty..tapi puas hati sbb byr RM90 tiap2 bulan tapi network slalu bengong, huhuh

Unknown berkata...

Tuan Ikhwan,
Mat Rock pun senasib dengan kita. Dia cadangkan buat aduan melalui e-mel. Seperti dia juga, kini Broadband aku sudah laju! Syukur...