Semua karya sastera tempatan yang diterjemahkan ke bahasa asing oleh ITNM adalah hasil tulisan Sasterawan Negara dan pemenang Hadiah SEA Write Award kecuali Faisal Tehrani, Sasterawan Negara akan datang!

Bukunya, Bedar Sukma Bisu diterbitkan oleh DBP (2007) kerana memenangi Sayembara Jubli Emas DBP (kategori umum). Kurang dua tahun, naskhah ini diterjemahkan oleh Datuk Dr. Zawiyah Baba dan diterbitkan oleh ITNM dengan judul The Prau With the Silent Soul. Lanjut di blog Faisal Tehrani.

Saya seperti Nur Madihah yang merangkul banyak A dalam SPM 2008 yang suka membaca karya Faisal Tehrani!haha. Bukan saya sahaja, malah kini berlangsung di PBAKL, orang Itali pun mencarinya untuk diantarabangsakan karyanya.

Maka temui Faisal Tehrani di gerai ITNM pada 18 April 2009 (Sabtu) jam 2.30 petang.

0 komen: