Semalam, Betty beria-ia mahu memasuki Young Editor Training Intensive (YETI). Sanggup dia menghabiskan masa di pejabat sehingga tidak pulang ke rumah semata-kata untuk menyiapkan majalah dummy untuk dipersembahkan kepada panel penilai YETI.

Kawannya, Marc (seorang gay) pula bersungguh-sungguh untuk presentation itu sehingga memerlukan rekomen daripada "orang besar" dalam industri penerbitan majalah.

Situasi ini di Amerika Syarikat.

Daripada keseluruhan cerita Betty semalam, dapat difahami bahawa menjadi seorang EDITOR di sana sama tarafnya dengan kerjaya sebagai peguam mahupun doktor.

Begitu juga kisahnya dalam filem Confession of a Shopaholic yang memaparkan kesungguhan Rebecca untuk bekerja dengan majalah Alette, walaupun beliau diterima bekerja dengan majalah Succesful Saving.

Di Malaysia, kerjaya editor belum lagi dianggap profesional seperti peguam ataupun doktor terutamanya editor buku. Saya percaya hal ini disebabkan industri penerbitan di Malaysia yang masih lagi dianggap sebagai industri kecil sederhana (IKS). Namun persepsi ini agak berlainan kepada editor majalah. Editor majalah seperti majalah Mastika, Wanita, Remaja, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan lain-lain dipandang tinggi dalam masyarakat kita. Sasterawan Negara seperti Usman Awang dan Keris Mas juga pernah menjadi editor majalah.

Jasa editor sebenarnya sangat besar kepada masyarakat. Tidak keterlaluan dikatakan jasa editor sama tarafnya dengan guru. Puan Ainon suka menyamakan tugas editor dengan mak andam. Penulis buku bestseller, Rahsia Bisnes Orang Cina, Ann Wan Seng pernah berborak dengan saya, "Saya menulis apa-apa sahaja yang saya mahu. Saya faham editor yang absorb segala tekanan kesalahan ayat dan tatabahasa tulisan saya itu." Dato' Baha Zain pula pernah menulis di blognya berkenaan jasa seorang editor.

Semua orang tahu sesebuah buku yang baik banyak bergantung pada "kekuatan" editornya. Disebabkan itulah saya suka membelek nama editor di imprint page sebelum membaca sebarang buku ataupun majalah.

10 komen:

Nida Shaari berkata...

Jadi, Editor sepatutnya lebih terkenal daripada penulis, ya?

(saya suka tonton Betty kerana dia sangat positif. Memandangkan saya dan dia punya persamaan dari segi kerjaya.)

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Ada penerbit sengaja men'ghaib'kan nama editor pada imprint buku, sesiapapun tidak pernah tahu peranan editor. Mungkin, tidak mahu editornya dicuri penerbit lain. Atau ...

p/s: Karya yang baik harus ditangani editor yang baik juga.

Unknown berkata...

Cik Hanida,
Ada yang menonjolkan editor lebih daripada penulis. Namun lebih banyak yang menonjolkan penulis.

Saya suka menonton Betty kerana isteri duduk diam-diam di sebelah saya:)

Tuan Rozlan,
Rasanya ada banyak sebab dighaibkan nama editor. Tuan perlu menulis tentang isu ini.

Unknown berkata...

Dewan Sastera & Dewan Masyarakat memang hebat pada zaman dahulu ketika Usman Awang, Baha Zain, Keris Mas, Kemala dan Nor Azam menjadi editor di DBP.
Tapi sekarang, siapakah editor yang menangani majalah tersebut? Berapa peratus komitmen yang diberikan kepada majalah yang ditangani?
Rasanya saudara lebih faham apa yang berlaku di sana sebagai mantan editor bahagian majalah DBP.

Tanpa Nama berkata...

me dah serik jadi writer..

hafizahiszahanid berkata...

Betty? saya suka Marc... hehehehe

Tapi saya tidak tahu adakah dunia penerbitan majalah di Malaysia sama paparan Ugly Betty.
Sebab kalau dalam media arus perdana, editor memang ada 'power' tapi sayangnya 'power' itu selalu tenggelam dengan 'wahyu'... emmmm....
Jadi bila PM baru buat saranan media harus lebih telus, harapnya si pemberi wahyu pun faham-fahamlah.

Unknown berkata...

Alamanda,
"Kita tidak akan kembali ke sejarah lalu, tetapi sejarah lalu tidak mustahil berlaku semula," kata Hamka.

Yginsaf,
Mengapa?

Fizahanid,
Saya percaya mesti ada perubahan. Semoga perubahan yang positiflah.

Unknown berkata...

Saudara bersikap positif, tabik kepada saudara.
Sejarah boleh berulang semula dengan syarat orang yang berbakat diberi peluang, bimbingan dan galakan. Tetapi semua prasyarat ini tidak terdapat di kebanyakan penerbitan di Malaysia.

Marliza Radzi berkata...

pertama sekali saya buat bila buka majalah ialah baca Letter from Editor. penting bagi saya untuk surat editor itu ditulis dengan baik dan menarik.

madulebah: saya juga suka betty sebab dia positif sangat!

Unknown berkata...

Alamanda,
Saya setuju orang baharu perlu diberikan peluang, bimbingan, dan galakan. Namun hal ini sudah banyak berlaku dalam industri penerbitan Malaysia, bukan sebaliknya.

Puan Am,
Sangat elok!Memang tulisan editor merupakan inti pati seluruh majalah.

Saya pun sudah mula suka menonton Betty. Yang penting, dapat ambil iktibar positif.