Berikut lanjutan SMS yang dia berikan. Ada banyak lagi SMS, tetapi cukuplah sekadar dipaparkan beberapa SMS sahaja.
SMS Sasau II
June 19th, 2007 by antawada
Ini adalah sambungan SMS sasau yang saya terima daripada psiko itu.
SMS: Abg dah solat maghrib?td zah dpt ilmu baru.ttg uluhiyah&rububiyyah,syirik&murtad.pasal murtad sikit2 je ustazah sentuh isu tu.minggu depan ada solat tasbih.tp tak bleh buat kena jg hakim.takpelah nanti buat kat umah kan!
7.53 mlm, 12 Jun 2007.
SMS: Abg tgk berita ke?zah tgk tv3.bang harijadi zah 12.9.zah tanak hadiah,cuma nak doa dr abang,yer sayang.besday abg bila?
8.15 mlm, 12 Jun 2007.
Kalau minta hadiah pun, sesungguhnya tidak akan saya berikan!!!
SMS: Sayang dah bgn ke?nak zah siapkan sarapan?tak mandi lg?patutlah busuk.zah pun belum mandi,nak basuh baju.tunggu kak long anta hakim.
6.23 pg, 13 Jun 2007.
Pagi-pagi buta sudah dapat SMS sasau. Malang betul!
SMS: Abg,zah nak g pasar mlm dekat keretapi ni.
5.58 ptg, 13 Jun 2007.
SMS: Akum bang.zah tgh aja mek ngaji.mek dah pandai tp kena betulkan bacaan.
8.19 mlm, 13 Jun 2007.
Normallah pula.
SMS: Akum abang.kat tempat keja ke?penat.meh nak urutkan.nak?
11.40 pg, 14 Jun 2007.
Tidak inginnnnn!!!!!
SMS: Abg,ada kwn zah yg dah tunang kan.dia suruh tunang dia gosok baju kerja misi dia.lepas tu punya la baik tunang dia ni,siap ikat tali kasut nurse dia lg.kalau zah takkan suruh abg buat cam tu.baik zah gosok baju abg dan pakaikan stoking utk abang yang tersayang.
1.26 ptg, 14 Jun 2007.
Serius pada masa ini, saya terasa hendak muntah!!!
SMS: Bang,zah nak pegi kedai ni beli sarapan.abg dah breakfast.pg ni zah nak pegi dgr ceramah agama kat masjid,ari jumaat ustaz pulak.pegi naik basikal sbb motor adik nad pinjam pegi keja.anak dia comel sgt.geram zah.teringin ada anak sendiri.
7.10 pg, 15 Jun 2007.
Pergilah cari suami! Jangan ganggu hidup saya lagi!
SMS: Abg,tajuk ceramah ari ni,pasal doa & zikir.
9.57 pg, 15 Jun 2007.
Selama empat hari dia tidak ganggu (SMS & telefon) saya. Terasa aman sangat! Tetapi…
SMS: Akum abang.sihat ke?makan apa tghari ni?zah skang chat & ceria selalu.
2.05 ptg, 19 Jun 2007.
Kalau dia bagi saya SMS, maknanya dia tidak sihatlah itu.
SMS: Akum abg,bila abg yun kawin?tanak jemput zah makan nasi minyak abg long ke?ke dua2 skali dgn abg skali.Maklumlah ari tu makwe abg yg angkat.Klau betul la abg nak kawin,zah izinkan.Zah sanggup jd isteri no.2.Abg nak kawin 4 pun takpe tapi tak termasuk zah la.
10.29 mlm, 19 Jun 2007.
Inilah yang paling saya risaukan. Daripada mana dia tahu Abang Shahrul hendak nikah tidak lama lagi? huhu. Harap jangan "psiko" ini datang majlis nanti. Haru nanti!
* * *
Mujurlah ITNM memberikan nombor lain. Kalau dia menghubungi nombor lama saya, cakaplah dengan operator perempuan itu, "Nombor yang anda hubungi..."
30 komen:
nanti baca buku aku tu weh...
Tuan Azli,
Psikosemantik ya? Aku yang baca atau dia yang baca? Haha.
salam Nuar,
amalkanlah ayat ini. saya bagi linknya sekali. insyaAllah, dilindungiNYA....
http://isuhagat1.blogspot.com/2009/02/doa-pendinding.html
Aduhai~ Kes sasau yang parah nampaknya. Moga semua pihak yang terlibat mendapat penyelesaian yang baik.
seram....
Teringat saya dengan SMS dahulu. Tetapi pengirimnya tidak lah sampai begini teruk cuma bertanya bertanya khabar setiap hari sahaja. Sekarang di dah senyap.
Sabar je nuar
Cikgu Jane,
Alhamdulillah, saya amalkan setiap kali sebelum keluar rumah sehingga masuk memulakan perjalanan.
Tuan Firdaus,
Tidaklah terlalu parah, tetapi berlarutan pula. Semoga segera selesai.
Isteri,
Samalah kita.
Tuan Enche Lah,
Mengapa Enche Lah tidak melayan. Rugi betullah! Hehe.
Wah~
Susah juga ya bila digilai oleh kegilaan.
Apa-apa pun selamat menyelamatkan diri dari psiko itu..
Encik Anuar, bulu roma saya naik meremang apabila membaca SMS yang dihantar "budak sasau" kepada encik. Filem Psycho pun tidak dapat mengalahkan kengerian yang encik alami (saya pun dah jadi trauma). Encik boleh buat laporan polis terhadap "budak sasau" atau minta injunksi dari mahkamah untuk menghentikan gangguannya. Walau bagaimana pun, tindakan undang-undang pula selalunya tidak berkesan ke atas orang tidak waras. Saya cuma boleh doakan encik supaya gangguan "budak sasau" tidak berterusan lagi.
cuba try tukar number? atau mintak service provider tu, blockkan number insan terkesian tersebut. Dulu saya ada gak terkena mcm ni, tapi mamat ni, secara live datang ke condo saya, dan duduk baring kat bangku luar. siap bekal makanan, ugut soh saya keluar, selagi tak keluar, selagi tu dia tak nak balik.. dia soh saya break up with my boyfriend and take him as his. Ampun, masa tu..Tuhan saja la tahu
oh btw kan, last saturday, pihak DBP anjuran bersama Syarikat Dawama and Jbtn Pelajaran Srwk buat 'program Majalah dalam kelas 2009'..Puan Faridah Ali dari DBP KL yang datang kalau tak silap..saya waktu tu, bertugas buat slide backdrop..:)byk laaa majalah disedia untuk sekolah lepas ni yek..hihi
mmg membahayakan kesihatan.. dia mmg tak sihat ke?
dia dah dibius ngan cinta ko yang dasat tuh.. kuikuikui
Puan Ainunl Muaiyanah,
Hmmm rasanya dia belum gila lagi. Alhamdulillah diri masih selamat. Semoga dilindungi Allah.
Tuan Amel Hanan,
"Wah tidak semudah itu," kata isteri semasa membaca komen tuan. Semoga doa tuan dimakbulkan.
Cik Felicia,
"Huh dia kena lagi psiko!" kata isteri. haha. Itu sebabnya awak perlu segera bertunang.
Puan Padilah Ali itu bekas bos saya dahulu. Baguslah kalau boleh dapat majalah percuma! haha. Jangan lupa baca Dewan Kosmik ya. Ada artikel saya:)
Puan Mamida,
Gulp! Dengar lagu Yusri & Melly pagi tadi pun teringat komen ini!
Psiko!
Huhuhuhu... seram.. tapi dalam masa yang sama jatuh kasihan.
Dewangga Sakti,
Budak psikologi paling marah dipanggil course psiko!
Cik Fizahanid,
Kasihan juga kepadanya, tetapi saya perlu juga ada privasi sendiri.
salam
huhuu..angkernya Pak kehidupan kau.patutlah kau menukar nombor.hehehe
Parah jugak yer ada orang macam ni..hehe..
salam. da lama tak singgah. tapi entri2 memang menarik.. haha.. tapi yg menarik kisah pasal SMS sasau itu..
sian jugak kat minah tu. semoga dia cepat sembuh.. seram jugak kalo nk layan orang pelik mcm tu..
anuar,
si 'dia' tu tau tak URL blogspot kau ni...kang lepas dia cuba kontek kau tak dapat, dia pun mula bagi komen-komen 'bius cinta' kat kau kat blog kau ni plak..lagi seram ooooo
Bang,
bgtaulah no baru abg...bleh kan?
Seramnyeee...
Usratika,
Eh tidaklah. Kebetulan sahaja nombor itu diberikan ITNM ini.
Tuan Faizal,
Mungkin dia tergolong dalam kumpulan rakyat Malaysia yang mengalami Skizofrenia.
Tuan Adlan,
Saya pun selalu berdoa semoga dia segera sembuh.
Tuan Salleh,
Aku tidak fikir dia mempunyai minat melayari blog. Sebab itulah aku berani menyiarkan SMSnya di blog ini.
Ustaz Din,
Nanti saya SMS. Tidak mahu paparkan nombor di internet. Lagi bahaya!
dah tukar no ke? bagus la. handphone no senang nak tukar.kes saya susah la sikit sbb si 'kurang sihat' terus call rumah tapi saya dan keluarga syok je layan minah sorg ni. hehe..
dlm masa setahun lebih kami diganggu panggilan si 'kurang sihat'. ada versi nangis sorg2 dlm fon, maki hamun dalam masa beberapa saat dan versi marah.
saya dan kakak lah yg main peranan besar melayan minah sorg ni. sikit pon tak stress, maka, layanlah! (^-^)
nuar,
bahaya ni..suami org biasa jadi perhatian..haha..
maklumlah, pengalaman banyak..
Cik Zaza,
Saya tahu banyak orang yang terkena/menghadapi masalah ini.
Mula-mula memang saya layan sahaja, tetapi dia buat saya "takut" pula. Semakin dilayan, semakin melampau. Sebenarnya saya terganggu kalau ada panggilan semasa ada banyak kerja. Kalau dia selalu telefon, boleh jadi stres! hoho.
Tuan Nadmin,
Itu memang fakta. Aku tidak pernah cerita kepada Fadhilah pun. Nanti dia jeling semacam pula.
Sdr Anuar: Salam. Saya datang melihat dan membaca.
Marsli N.O
sungguh menakutkan!
Tuan Marsli N.O,
Terima kasih tuan. Saya tahu tuan banyak membaca:)
Puan Am,
Menyeramkan!
seram! bahaya jgk. seakan ancaman juga... lex x link kt post ni?
Flywheel,
Kadangkala semacam ancaman, tetapi wanita itu sebenarnya kurang sihat. Jadi bukanlah ancaman.
Silalah link.
Catat Ulasan