Rasanya keluaran ini yang terakhir sempat saya menulis untuk fokus majalah Dewan Kosmik. Untuk keluaran April 2009, saya meminta maaf kepada Kak Norizan kerana tidak dapat memberikan komitmen untuk menulis ruangan fokus. Oleh itu, Kak Norizan sudah awal-awal memberikan amaran supaya menyiapkan fokus Dewan Kosmik keluaran Mei 2009.

Dalam keluaran kali ini, judul artikel saya adalah "Kesan Hormon Testosteron dan Estrogen Berlebihan". Maaf ya Cik Zaza, maklumat berkenaan PMS sudah dicantas! haha.

Secara ringkasnya, kesan testosteron yang berlebihan dalam badan lelaki akan menyebabkan keguguran rambut sehingga menyebabkan botak.

Manakala sekiranya dalam badan wanita terlebih hormon estrogen, di bibir mereka akan tumbuh misai seperti lelaki. Contohnya, lihat imej di kulit hadapan majalah itu. Wanita bermisai kadangkala kita boleh lihat di mana-mana sahaja.

Dalam artikel itu turut memaparkan sebab kedua-dua hormon itu boleh berlebihan. Tidak lupa juga maklumat berkenaan cara merawat penghasilan hormon yang berlebihan itu.

Saya sudah merancang isu fokus Dewan Kosmik ini sejak November 2008 lagi. Pada masa itu, saya memang mahukan isu fokus yang "dekat di hati" pembaca. Namun saya berhijrah terlebih awal sebelum sempat melihat keluaran Januari 2009 lagi.

Kak Norizan tidak mahu mengubah isu-isu itu. Saya pula tidak menulis secara terperinci semua isu fokus itu; siapa yang patut diwawancara, sudut yang menarik untuk disentuh, skop penulisan. Semua dalam "kepala" saya. Maka secara tidak langsung terpaksalah buat kerja amal membantu penerbitan Dewan Kosmik melalui telefon. Namun tugasan di ITNM tidak langsung diabaikan. Itu taklif!

0 komen: