Saya mendaftar bagi menggunakan Streamyx pada 3 Januari 2009. Kata promoter yang sangat seksi itu, "Lagi dua minggu akan siap semua pemasangan di rumah abang."

Saya datang balik pada 31 Januari 2009 untuk bertanya status permohonan saya. Ikut rasa hati, mahu sahaja membatalkan permohonan itu. Geram!


Seminggu kemudian barulah ada kontraktor yang membuat pemasangan. Malangnya, Streamyx tetap tidak dapat dipasang. Kata kontraktor itu, "Kabel telefon tidak sampai sehingga ke rumah abang, terhenti setakat tingkat dua." Terasa macam tinggal di penghujung kampung pula. Huh!

* * *

Hari ini saya mendapat dua produk Celcom! Nombor telefon bimbit dan Broadband.

Talian Celcom dan telefon bimbit diberikan oleh ITNM bagi memudahkan perhubungan sesama staf. Talian percuma antara semua staf dan had panggilan luar sebanyak RM80.

Maknanya saya perlu melupakan penggunaan 012 yang taat setia berada di samping saya sejak lapan tahun lalu, sejak di Matrikulasi UIA lagi. Nombor itu dihadiahkan oleh Abang semasa dia bekerja di Maxis. Pada masa itu, harga sim pack Maxis Hotlink berharga lebih RM150.

Namun kini Abang sudah bertugas di DiGi. Satu keluarga semua menggunakan DiGi kecuali Abah. Memang tidak mungkin saya membuang 016 kerana saya menggunakan pelan keluarga, yang membolehkan panggilan dan SMS antara saya dan Isteri tanpa had.

Menggunakan tiga nombor/telefon? Tidak rasanya.

Hal sekecil inipun memerlukan saya berbincang dengan Isteri dan keluarga. Mereka mencadangkan supaya tidak menggunakan 012 lagi. Saya akur walaupun terasa sangat "sayang".

* * *
Celcom Broadband pula menggunakan pakej korporat ITNM. Di luar, saya perlu membayar RM599 (ataupun harga tawaran RM399 lebih) bagi mendapatkan modem. Manakala bil sebanyak RM98 setiap bulan bagi kelajuan 3.6Mbps.

Namun dengan pakej ini, saya hanya perlu membayar RM199 untuk modem dan RM90 bil pada setiap bulan.

Di Plaza Low Yatt, harga paling murah modem jenama Huawei yang digunakan oleh Celcom ini adalah RM350. Terasa juga mahu menggunakan jenama DLink. Katanya lagi laju, tetapi mahal pula.

Walau bagaimanapun, hari ini memang menggembirakan. Esok pula, satu ITNM akan menonton filem Geng (Upin & Ipin) di Pavillion. Yang pasti, saya akan melayan Slumdog Millionaire selepas itu. Sebenarnya sudah beli DVD filem itu di Batu Feringgi, tetapi kualiti mengecewakan!

8 komen:

Ticer Syah berkata...

selamat datang ke wilayah celcom..

this is celcom territory.. bkn terrorist.. ngeeee

celcom mmg terbaik dalam segala hal.. chewah.. pomot lagi..

lagipun harith iskandar pon pakai celcom.. kuikuikui..

idop celcom

nak mengubah dari biasa ke tak biasa memang susah..
takpe le.. lama2 alah bisa tegal biasa..

shahrul manshor berkata...

actually abah pun dah tukar digi...dia maintain no 012..itu MNP ma....mobile number portability...yg bole tukar2 operator..tp pkai no lama

umar_skyscooter berkata...

Aslkm,salam ziarah.erm nice blog.erm nak jmput tuan rumah atau sesape je ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com .jgn lupe linkkan blog ni yer,ok thanks n bye

sarafyda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Puan Mamida,
Baru boleh guna hari ini. Lagi seronok menggunakan Streamyx lah. Hmmm...

Abang,
Ya? Baru tahu.

Tuan Umar,
Insya-Allah.

Cikgu Sarafyda,
Memang kualiti kurang memuaskan. Cemburu pula dengan kualiti internet di London! haha

Naj AB berkata...

Tuan Anuar,

Saya ada pengalaman serupa sewaktu mendaftar Streamyx dan waktu pemasangan. Lebih seminggu berdaftar belum berfungsi, juga masalah kabel walaupun wayar kecil telefon sudah ada dalam rumah (peninggalan orang terdahulu). Letih berperang dengan orang 1515 dan 100 barulah terhegeh-hegeh mereka hantar technician.

Unknown berkata...

Puan Najibah,
Saya sokong dengan satu pendapat di akhbar yang mencadangkan supaya pekhidmatan syarikat dibuka juga kepada syarikat lain. Disebabkan tiada saingan, Streamyx pun buat sambil lewa.

Aku Azman berkata...

Salam,

Awak pernah join pkpim ker?

anyway tahniah , nice blog. Awak mesti orang "istimewa" bila ITNM sudi bekalkan awak broadband...hmmm anyway keep writing bro