Dalam minggu ini memang agak serabut dengan lambakan cerita berkenaan isu politik Perak di kebanyakan laman sesawang dan blog. Adik ipar, Umi yang tidak pernah tahu berkenaan politik pun boleh memberikan komen berkenaan isu ini. Dahulu, rasanya nama Perdana Menteri Malaysia sahaja yang dia tahu.
Membaca blog Koleksi Artikel Hangat terasa relaks sedikit. Banyak tip yang boleh diamalkan.
Semalam blog itu menyiarkan artikel Nasihat yang Baik Untuk Dibaca. Saya tertarik dengan nasihat kedua:
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
Nasihat keempat:
Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
Nasihat keenam:
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
Nasihat kesembilan:
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
Nasihat ke-14:
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
Alhamdulillah, Allah kurniakan Fadhilah untuk saya. Selepas membaca artikel itu semalam, saya ke kedai bunga membeli bunga delivery ke pejabatnya. Bukan kerana Valentine, tetapi harga bunga tetap mahal. Kata nyonya si penjual bunga, "You beli bunga dalam musim Valentine lah!" Huh tersilap masa!

10 komen:
hang jangan sambut hari Valentine tu..tapi sambut hari kasih sayang dengan isteri..
Tuan Azli,
Ya betul. Setiap hari kami sambut hari kasih sayang. hehe.
you complete me
Love you alwiz,
ME
Isteri,
Insya-Allah...
saya memang bertunang, tapi bila mengenangkan bertunang2 lama2 tu tak elok, terus batalkan niat dulu..takut nanti terkejar2 apa pun tak dpt..baik bersabar kan? ada jodoh takkan ke mana
opps correction - memang *nak bertunang..
Cik Felicia,
Apa kata bertunang segera, dalam masa yang sama tetapkan tarikh pernikahan dalam masa terdekat.
Memang kalau ada jodoh tidak kemana-mana, tetapi semakin lama semakin banyak dugaan dan godaan, bukan?
sweet nya :)
Puan Am,
Minta Daud! :)
Catat Ulasan