Memang saya agak "kejam" meninggalkan tugasan Dewan Kosmik secara tiba-tiba.
Oleh kerana itulah, Puan Padilah (bos lama) meminta saya menyiapkan juga Dewan Kosmik keluaran Februari 2009. Oleh kerana bukan karyawan DBP lagi, maka saya pun dengan berbesar hati menerima bayaran honorarium sebagaimana penulis lain dapat. Haha.
Ada empat artikel saya dalam Dewan Kosmik keluaran Februari ini, iaitu:

- Siapakah Kanak-kanak Indigo?
- Kehebatan Kanak-kanak Indigo (Menggunakan nama Isteri, Nor Fadhilah Ahmad).
- Tips Membimbing Kanak-kanak Indigo.
Semua ini dalam ruangan Fokus. Manakala satu lagi dalam ruangan Ulasan Buku, buku Sejarah Matematik terbitan ITNM.
Sebenarnya bukannya saya tamak sehingga menulis semua sekali ruangan Fokus. Biasanya saya akan melantik mana-mana pakar/penulis untuk menulis apa-apa ruangan. Namun isu berkenaan kanak-kanak indigo terlalu baharu/janggal di Malaysia. Saya sudah menghubungi pensyarah/pakar dari UM, UPSI, Universiti Sunway, dan doktor, tetapi mereka pun tidak dapat mengulas/menulis berkenaan isu ini.
Jadi dengan berbekalkan penyelidikan yang diperoleh daripada internet, buku dan dan filem Indigo, dapatlah saya memahami sedikit keadaan kanak-kanak indigo.
Kanak-kanak indigo lebih kurang keadaannya seperti lakonan Haley Joel Osment dalam Sixth Sense ataupun kanak-kanak hebat/unik dalam X-Men. Mungkin orang kata Adi Putra adalah indigo, tetapi beliau belum terbukti berupaya berkomunikasi dengan menggunakan telepati, yang merupakan antara ciri-ciri indigo.
Daripada pembacaan saya, indigo adalah anugerah Allah, bukannya boleh dibentuk atau dilatih. Di Indonesia, sudah ada sekolah Indigo untuk melahirkan pemimpin masa hadapan mereka. Di Singapura pun sudah ada. Di Turki sudah jauh ke hadapan dalam isu ini. Cuma di Malaysia, Pak Menteri Pelajaran kata, "Kami akan mengkaji kepentingan untuk membina sekolah khas untuk mereka," semasa mengulas cadangan sekolah khas untuk kanak-kanak seperti Adi Putra.

14 komen:
Bro Anuar, kalau dapat honorarium bolehlah belanja kengkawan di ITNM. Indigo apa yer, esok boleh cerita panjang kat saya.
Aku kagum dengan kau. Rajin menulis. Selalu ada mood ya? Memang sudah minat kannn. Ngeee..
Kaji??? Hah, kaji ke? Adi Putra dah 'terpaksa' masuk UNISEL. Dia pakar Matematik. Subjek lain?
Jangan dah rebah baru nak dukung..Hmm..
Tuan Suhaimi,
Insya-Allah boleh sahaja saya belanja nanti. Tentang indigo, belilah Dewan Kosmik. Di Carrefour pun ada jual. Ataupun naik sahaja ke tingkat 5 ya (bukan budak tingkat 4).
Lantera Jiwa,
Silakan promosi.
Tuan Suhail,
Kalau M. Nasir dan Mawi:
"Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca...
Hatiku saat ini
Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti."
Aku tukarkan menyanyi dan menari itu menjadi menulis. Sesuaikah? hehe.
Berkenaan Adi Putra, itulah nasib anak-anak Malaysia.
kalau bab kanak-kanak indigo ini, teringat karya Faisal Tehrani
wooo ... banyak masyuuuk. bila nak belanja mi sup utara. takkan belanja mie3425 jer. kirim salam kat dia.
Salam,
Oh..ade rupanye. Tak mustahil kan, kuasa Allah swt.
Puan AinunL Muaiyanah,
Memang saya mendapat idea daripada novel Faisal Tehrani.
Tuan Adnan,
Belum "masyuk" sangat lagi. Boleh sahaja belanja sup utara selepas "masyuk" nanti ya!haha
Puan Hasniza Aarif,
Allahu Akbar!
ku pikirin budak indigo ni kulit dia kaler tu.. kuikuikui.. ghupanye mcm citer sixth sense... misteri nusantara tuh.. tatot..hehe
kesian le si ady tu kan.. gomen tatau nk wat apa kat dia.. kekeke
Puan Mamida,
Yang berwarna putih sahaja itu albino. Yang indigo ini memang benar-benar wujud.
Salam encik anuar..saya terkejut encik dah tulis tajuk tu haha..saya ada research jugak sal tu, tapi tak sempat tulis. Mungkin satu lagi, indigo ini adalah warna pada langit di waktu dinihari. Waktu yang disuruh kita bangun qiam. Warna langit sebegini mempengaruhi otak kita untuk lagi lebih bijak cerdik..itulah pasal, elok sangat bangun study di waktu-waktu begini...hmmmm wallahu a'lam. boleh teruskan pengkajian.
Puan Samhani,
Pada waktu qiyamullail hakikatnya memang banyak kelebihan. Namun memang banyak cabaran untuk kita rebut ibadah itu.
Encik Anuar, terima kasih untuk tulisan encik berkaitan kanak-kanak indigo dalam Dewan Kosmik. Saya rasa seronok membacanya semalam. Ia merupakan istilah yang baru bagi saya. Mungkin memang benar tindakan seorang penulis yang berkaliber seperti encik meninggalkan Dewan Kosmik agak "kejam" kerana majalah tersebut akan kekurangan karya yang menarik. Walau bagaimana pun, semoga encik memperoleh apa yang encik impikan selama ini.
Tuan Amel Hanan,
Saya keluar daripada Dewan Kosmik sebagai "hijrah". Namun saya masih lagi kerap menulis untuk majalah itu.
Salam.. Pensyarah saya pernah tulis satu artikel tentang landak dalam kosmik.. Saya pula diminta untuk menulis tentang kajian saya tentang kera hantu untuk Kosmik..
Boleh ke beritahu macamana kami nak menulis untuk komik? Atau macamana nak dapatkan emel address untuk tu or sbrg rules yg kami perlu patuhi?
Catat Ulasan