Foto daripada Wikipedia.

Ikram, Pengurus PTS Millennia kata, "...aku memang mahu minta kau menghasilkan buku," semasa makan tengah hari sebelum solat Jumaat lalu.

* * *

Satu lagi karya agung dunia baru diumumkan menjadi hak milik awam, iaitu Popeye The Sailor yang terkenal dengan watak Popeye yang sentiasa menghisap paip dan tatu sauh di lengannya. Saya masih teringat, Popeye selalu dianiaya oleh Bluto. Bluto jugalah yang selalu menggoda isteri Popeye. Bluto memang kuat. Jadi dengan memakan bayam sahaja, Popeye memperoleh kekuatan untuk melawan Bluto.

Asalnya, watak-watak ini diterbitkan dalam komik Thimble Theatre melalui King Features Syndicate pada 17 Januari 1929. Bermula saat itu, karya Popeye banyak diadaptasikan dalam bentuk siri kartun televisyen, permainan video, pengiklanan, filem dan lain-lain.

Pencipta Popeye, Elzie Crisler Segar meninggal dunia pada 13 Oktober 1938. Dalam undang-undang hak cipta Kesatuan Eropah, hak milik dipegang oleh waris selama 70 tahun selepas kematian si pencipta/penulis. Berbeza dengan undang-undang hak cipta Malaysia, iaitu 50 tahun selepas kematian barulah menjadi hak milik awam.

* * *

Ikram, boleh aku menulis kisah Popeye? Haha.

* * *

Banyak lagi karya hak cipta penulisan yang sudah menjadi hak milik awam. Semuanya boleh diperoleh di Projek Gutenberg. Sekadar menterjemahkan karya-karya itu, boleh sahaja mendapat wang segera! Haha.

Saya pernah memuat turun buku Scientific Advertising karya Claude C Hopkins pada 1923. Buku ini dianggap "Bible" oleh mereka yang terlibat dalam bidang pemasaran dan pengiklanan. Dalam buku itu, Hopkins banyak menekankan kaedah "mencuba dan mengukur". Falsafah Hopkins, "Terus 'bermain' di 100 jalan selamat untuk mencapai satu matlamat".

* * *

Namun buku itupun aku belum terjemahkan lagi untuk PTS Professional lah, Ikram.

6 komen:

alifstyle berkata...

hehehe... aku dah fikir satu idea

jane berkata...

salam Nuar,

sangat menarik popeye ini....anak sulung saya sangat kurus dan ada toncit di kepala hingga digelar kengkawan dia sebagai bini popeye...olive ya nama dia.

Ticer Syah berkata...

suka kat anak popeye yg somel.. hehe

Unknown berkata...

Tuan Alif,
Kau belanja aku di kedai Abe!

Cikgu Jane,
Saya antara peminat Popeye. Jalan cerita yang mudah dan tidak membodohkan penonton.

Puan Mamida,
Mengapalah anak Popeye tidak membesar ya!haha

Zamri Mohamad berkata...

Pada suatu hari Popeye ke klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Sangka beliau, dirinya sihat.

Kata Popeye, " Lihat otot-otot di tangan saya, kuat dan pejal"

Balas doktor, "Awak mengalami kesan terencat otot. Kerana itu ia kekal keras sentiasa."

Belum sempat Popeye membalas, doktor menyambung, "Cara awak bercakap pun merangkak-rangkak dan gagap, saya dapati awak mengalami gagap tahap kronik."

Popeye diam.

Sambung doktor lagi, "Saya nasihatkan awak terus menghisap paip tembakau. Awak juga mengalami sawan, sekurang-kurangnya awak menggigit paip dan tidak mencederakan mulut sendiri."

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

Unknown berkata...

Tuan Zamri,
Indah benar gaya gurauan kritikan mereka. Tambah menarik dengan suara Popeye yang garau! Barulah hidup wataknya.