Artikel blog pertama saya yang diterbitkan pada 17 September 2007 menceritakan berkenaan majlis pelancaran buku Malaysian Politicians Say the Darndest Things tulisan Amir Muhammad. Saya menyatakan rasa kagum melihat majlis itu yang berlangsung semasa bulan Ramadan, tetapi tetap mendapat sambutan hangat. Manakala tetamu yang hadir pula dalam kalangan pelbagai kaum. Klik Pelancaran Buku Amir Muhammad.
Keadaan itu menafikan bahawa penganjuran majlis pelancaran buku tidak memberikan impak positif kepada jualan buku. Malah buku Amir itu tersenarai beberapa minggu sebagai jualan buku paling laku di MPH dan Popular.
Sebenarnya ada pihak yang menyatakan bahawa penjualan buku tidak meningkatkan jualan buku. Saya memetik salah satu hujah yang diberikan dari salah satu blog:

Salah satu strategi pelancaran buku adalah supaya buku itu masuk media, khususnya masuk surat khabar, dan diharapkan berita itu mendorong pembaca akhbar membeli buku itu di kedai-kedai buku di seluruh negara.
Tetapi, jikalau buku yang dilancarkan itu belum dipamerkan di kedai-kedai buku di seluruh negara, pembeli kecewa dan marah apabila mereka pergi ke kedai dan tidak ada buku itu dalam kedai. Justeru, pastikan buku sudah ada dalam kedai, barulah lancarkan buku itu - itupun kalau mahu melancarkannya.
Strategi promosi media yang lebih berkesan adalah (a) Mendapatkan pengkritik supaya menuliskan kritikannya tentang buku itu di akhbar dan majalah, (b) Mendapatkan penulis supaya tampil dalam acara TV, (c) Mendapatkan bloggers supaya menulis tentang buku itu dalam blog mereka.
Hujah yang lain pula:
Strategi menjemput 'orang besar' bagi melancarkan buku adalah strategi yang paling membazir apabila diukur dari sudut keberkesanan jualan buku.
Selepas majlis pelancaran, wartawan akan bertanya kepada orang besar itu soalan-soalan yang tiada kaitan langsung dengan buku yang dilancarkan. Wartawan pun tidak ambil pusing hendak menulis berkenaan buku itu ataupun pengarangnya. Jadi orang besar itu yang mendapat banyak 'perbatuan' dalam media massa, bukan buku itu.
Paling-paling ayat laporan akhbar itu berbunyi lebih kurang begini, "Tan Sri Si Fulan membuat kenyataan itu dalam majlis pelancaran buku "anu-anu" yang diadakan kelmarin....." Selebihnya semua cerita Tan Sri Si Fulan dan kementerian yang di bawah jagaaanya.
Ada benarnya hujah itu, tetapi keadaan itu tidak berlaku di semua tempat. Buku Amir Muhammad sudah membuktikan majlis pelancaran dapat meningkatkan jualan. Malah yang terkini, buku terbitan terbaharu ITNM, Politik Baru karya Dato' Saifuddin Abdullah sudah membuktikan majlis pelancaran adalah efektif.
Dewan Hotel Shangri-La Putrajaya tidaklah terlalu besar. ITNM pun mensasarkan kehadiran tetamu dalam lingkungan 150 orang. Namun alhamdulillah kehadiran di luar jangkaan, iaitu lebih 500 orang. Yang saya dapat kenal pasti, ahli-ahli Dewan Negara, ahli-ahli Parlimen termasuk timbalan menteri, adik-adik UIA (satu bas), UniKL (satu bas), wakil MeCD, pejabat TPM, alumni MCKK (MCOBA), badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM), UMNO, UMNO Temerloh dan lain-lain. Pendek kata, dewan penuh sesak sehingga banyak tetamu termasuk VIP terpaksa berdiri sahaja.
Buku yang dilancarkan pula habis dijual. Saya kurang pasti kuantitinya, yang saya keluarkan ada lima bungkus (bundle). Yang Enche Lah keluarkan pula tidak pasti bilangannya. Yang saya dengar, press kit media pun ada yang dicuri.
Alhamdulillah, saya sendiri dapat menghabiskan membaca buku ini tidak lebih dua jam. Saya tertarik dengan salah satu isi kandungannya iaitu, "Ahli politik perlu mengamalkan politik bakti bukannya politik undi, politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukannya politik fitnah."
Gambar akan dimuat naik kemudian.

9 komen:
Tertarik kata-kata terakhir di posting tuan :)
Anuar, saya tumpang gembira kerana buku tersebut laris pada hari pelancarannya. Insya-Allah bakal ada buku lain lagi yang akan dilancarkan. Tungggguuuuu!
wow nice...
salam. dengan sukacita nya dimaklumkan encik anuar telah di tag. hehe
Tuan Pok Li,
Kata-kata terakhir itu dinukil daripada buku itu.
Tuan Suhaimi,
Saya mendapat maklum balas, mereka tidak sabar-sabar untuk pelancaran buku seterusnya.
Tuan Adry,
Terima kasih.
Tuan Adlan,
Tag? Dua tag orang lain pun tidak berbalas lagi. huhu.
Tuan Anuar,
Berapakah kos mengadakan majlis pelancaran buku itu.
Jika kos majlis pelancaran itu dimasukkan sebagai salah satu kos yang dikira dalam menetapkan harga jualan buku itu, berapakah harga jualan buku itu.
Berapa puluh ribu naskhah buku itu mesti dijual bagi mendapatkan semula kos majlis pelancaran buku itu.
Puan Ainon,
Dalam mana-mana organisasi sudah ditetapkan peruntukan untuk pemasaran/promosi/pengiklanan untuk tujuan peningkatan korporat.
Peruntukan itu bukan untuk mendapatkan keuntungan dalam masa sekejap. Pulangan keuntungan jangka masa panjang pula datang dari pelbagai sudut.
Alhamdulillah, pelaburan untuk semua ini pada tahun 2008 berhasil pada tahun 2009. Kami menyedari duit ini semuanya datangnya dari saku rakyat. Kami menginsafinya dan berusaha bersungguh-sungguh demi memartabarkan bahasa Melayu dan ilmu dalam masyarakat.
Allah jua yang mengetahui.
saudara dapat menghabiskan buku tu dalam kurangh dua jam? apa teknik membaca yang tuan lakukan? tolong.. saya perlukan panduan
Tuan Sufi Mustika,
Buku itu tidak terlalu tebal. Dwibahasa pula. Maksudnya boleh dihabiskan membaca.
Saya pernah menyertai kursus pembacaan pantas. Kesimpulannya, perlu latihan membaca yang kerap, selain daya fokus yang tinggi. Namun banyak bergantung pada keupayaan diri seseorang.
Catat Ulasan