Alhamdulillah, Kak Maz selamat melahirkan anak sulung lelaki pada hari Jumaat, lebih kurang pukul 7 petang.

Kata Abang, nama anaknya Adam Haris. Adam Haris bin Mohd Shahrulnizam, panjang namanya. Adam Haris juga merupakan cucu pertama emak dan abah. Dalam keluarga sebelah emak, emak yang terakhir yang mendapat cucu. Manakala keluarga sebelah abah pula, abahlah yang pertama mendapat cucu.

Saya mendapat gelaran Pak Ngah? Haha.

11 komen:

Closeup berkata...

tahniah...dah jd pakcik dah..bilakah giliran saye pule utk mendapat giliran auntie..hehe

Naj AB berkata...

Tahniah atas 2 perkara. Dah jadi Pak Ngah dan hijrah ke ITNM (walaupun dah terlambat sikit). Tak sangka En. Khair Ngadiron kat sana. Terus berjuang memartabatkan ilmu.

Unknown berkata...

Umi,
Sabar Umi... Akan datang...

Puan Najibah,
Terima kasih atas dua perkara itu.

azlishukri berkata...

aku ni akan jadi pak cik bila pulak..

Unknown berkata...

Tuan Azli,
Insya-Allah akan datang...

Unknown berkata...

masha Allah... tahniah tahniah!!!

mesti parents bro anuar tak sabar2 nak tunggu cucu yang kedua dan seterusnya.. hehe....

Unknown berkata...

Insya-Allah rezeki Allah akan dikurniakan jua nanti.

Nida Shaari berkata...

Sama nama anak kawan saya yang lahir tanggal 1 Januari yang lalu lah.

Unknown berkata...

Cik Madu Lebah,
Tidak perlu nama yang terlalu canggih, bukan?

shahrul manshor berkata...

pak ngah...ada sedikit pembetulan...nama nya Adam Harith bin Mohd Shahrulnizam..tahniah krn berjaya mendapat title pakngah...

Unknown berkata...

Abang,
Haha! Ada ala-ala komersil lah!