Baru hari ini sempat melayan Yahoo! Messenger (YM). Itupun melalui Meebo. Biasanya menggunakan "YM for the web", tetapi komputer di pejabat tidak boleh pasang Flash kerana hanya "Administrator" sahaja yang boleh melakukan pemasangan (installation).

"Administrator" di sini ialah Ridwan dan Arif. Kalau mereka tahulah saya menggunakan YM, sudah tentu akan disekat (block). Sebenarnya sudah biasa menggunakan YM sejak bekerja bermula tiga tahun lalu. Semasa di PTS, setiap penulis "diwajibkan" mempunyai akaun YM bagi memudahkan interaksi dengan editor yang sudah tentu menjimatkan bil telefon. Semasa di DBP pula, penulis-penulis Dewan Kosmik pun saya galakkan mempunyai YM bagi memudahkan saya membuat susulan (follow-up) dan memaklumkan konsep artikel.

YM adalah talian interaksi percuma atau pesanan segera (instant messenging [IM]) yang paling biasa rakyat Malaysia gunakan. Ada banyak lagi talian seperti MSN, AIM, ICQ, Skype dan Google Talk. Semuanya dihimpunkan di dalam Meebo. Sekarang, di Facebook dan MySpace pun sudah ada IM.

Kata Abang saya yang bertugas di ibu pejabat DiGi, Shah Alam, IM memang diwajibkan antara semua staf. Begitu juga kata Nadiah di Exxon Mobil. Namun IM mereka direka khas untuk interaksi sesama staf.

Saya pernah menulis "kebagusan" IM di Dewan Kosmik keluaran Ogos 2007. Selain mengurangkan kos bil telefon, IM boleh dijadikan tempat perbincangan segera tanpa perlu bersua muka. Namun dengan menggunakan Skype, YM, dan MSN, interaksi dengan melihat muka boleh dilakukan sekiranya ada webcam. Dengan YM juga, boleh juga memindahkan dokumen tanpa perlu menggunakan e-mel.

Buka YM pada hari ini, banyak pula rakan-rakan bertanya, "Bagaimana bekerja di tempat baharu?" Kalau dilayan, maknanya tidak sempatlah saya memecahkan rekod membaca satu buku dalam sehari.

Sekarang sedang pruf satu buku sehari kerana buku-buku ITNM banyak yang akan diulang cetak. Semalam habis pruf buku Islam dan Kemodenan (Islam and Modernity). Kelmarin buku Islam dan Kepercayaan Lain (Islam and Other Faiths) oleh Ismail Al-Faruqi. Sebelum itu buku Asal Usul Masyarakat Manusia (On The Origins of Human Society) oleh Malik Bennabi. Hari ini mahu menghabiskan pruf Konsep Ijtihad dalam Hukum Syarak oleh Muhammad Sayyid Tantawi pula.

Itulah jawapannya. Sebab itulah saya suka bekerja di organisasi penerbitan walaupun emak abah mahu saya menjadi ustaz. Membaca memang menjadi kemestian bagi setiap orang yang bekerja di organisasi penerbitan. Namun semasa saya bekerja sambilan (part time) di satu syarikat penerbitan (semasa masih belajar), kawan saya dipecat kerana selalu membaca buku.

13 komen:

Firdaus Ariff berkata...

Makin produktif nampaknya! Saya sendiri pun tak install YM bila reformat laptop kali ini. Bootup laju, kerja pun laju

Unknown berkata...

Tuan Firdaus,
Haha. Teknologi lah banyak memudahkan kerja manusia.

hafizahiszahanid berkata...

Eh, magik betullah kena pecat sebab membaca buku. hehehehe

Unknown berkata...

Puan Fizahanid,
Ini fakta, bukan auta. Namun sebenarnya dia kerap membaca sehingga kerja-kerja lain sedikit terabai.

ABSOLUTE berkata...

waa, berinteraksi sesama staf, menarik2.

jane berkata...

salam Nuar,

wahhhh...sronoknya membaca untuk bekerja ya.

Unknown berkata...

Tuan Asyrafabs,
Sebenarnya lagi memudahkan urusan kerja.

Cikgu Jane,
Cikgu pun begitu juga, bukan?

ZulDeanz berkata...

alaaa.... sms bukan mahalpun...hehe...

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Ada org dibyr gaji untuk membaca. siapa...EDITOR lah antaranya.

Nah, alang2 berYM..add saja saya :
puterastoking@yahoo.com

Unknown berkata...

Tuan Zuldean,
Bukan mahal pun kos juga. Mentang-mentanglah Syarikat D memberikan bonus tiga bulan!haha

Tuan Rozlan,
Itulah keseronokan bekerja di penerbitan.

Nanti saya add ya.

Ticer Syah berkata...

dengan YM saya berinteraksi dengan ahli keluarga yg duduk kat spore and KL lebih murah... syok bila berkonfrens.. hilang rindu seketika.. hehehe

apa pon membaca sampai tak ingat keje memang wajib dipecat..ekekke.. my sis sorang mmg ulat buku.. masa balik kampung masa raya dia boleh dok baca buku citer dari pagi sampai petang...tak mandi2.. hangin kitaorang yang kena jadi balaci melayan karenah anak2 dia seramai 7 orang..

membaca sampai tak ingat nak serve anak2 sendiri makan.. aiyooo.. kalau dia balik juga raya cina ni.. saya akan jadi balaci dia lagi.. mencik laaaaaa...rasa macam nak lari bercuti ke tempat lain.. kuikuikui

mie3425 berkata...

Aku cuba nak install YM kat rumah tapi tak boleh. Nantilah aku format harddisk dan buang segala virus mungkin baru boleh.

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Mengumpat adik ya? Mahu bermanja dengan kakaknya itu.

Tuan Suhaimi,
Saya pun tidak boleh pasang YM di rumah kerana Streamyx belum dipasang lagi. Huh!