CSI Miami malam tadi adalah episod yang diulang tayang. Dengan rasa kecewa, saya membenarkan Isteri untuk menonton saluran Hallmark yang menayangkan Beautiful Girl.

Pada kali ini, drama itu menceritakan Becca yang gemuk sedang menyertai program Miss Squirrel Hill. Kesudahan cerita itu tidaklah saya ketahui kerana seperti biasa, saya akan tertidur sekiranya menonton cerita kegemaran Isteri. Haha.

Miss Squirrel Hill. Sekiranya diterjemahkan ayat itu secara harfiah tentu bermaksud "Cik Tupai Bukit". Sebenarnya Squirrel Hill adalah nama tempat.

Masalah terjemahan secara harfiah atau literal adalah punca utama rakyat Malaysia kurang gemar membaca buku terjemahan. Persepsi ini masih agak menebal dalam kalangan penggemar buku di Malaysia. Masalah ini bukan sahaja berlaku dalam industri buku terjemahan di Malaysia, tetapi turut banyak berlaku dalam terjemahan bahasa lain. Buku terjemahan Indonesia lagi banyak maksud terjemahan secara harfiah.

Berikut beberapa contoh terjemahan teruk yang disebabkan terjemahan secara harfiah:

Malang sungguh penguin itu.
Cukup untuk dikatakan...
Ada orang sanggup makan?
Menyesal dahulu pendapatan. Dengar kata orang tua-tua.
Boleh nampakkah?
Bosannya!
Salahkah memakan makanan kegemaran kita?
Maria Tunku Sabri perlu terjah makanan baharu ini!
Anda perlu menanggalkan pakaian anda?
Kasihan binatang-binatang itu:

10 komen:

azlishukri berkata...

harap2 ITNM akan ada kuasa untuk menyaman mana2 pihak yang membuat terjemahan yang mengeliru atau merosakkan bahasa Melayu..

Unknown berkata...

Tuan Azli,
Kuasa kononnya mahu diberikan kepada DBP pun belum dikotakan lagi janji.

Atie_sl berkata...

Kadang-kadang berlaku salah terjemahan cerita di TV disebabkan oleh penterjemah menterjemah skrip cerita tanpa menonton filem/cerita tersebut.

hafizahiszahanid berkata...

Saya pernah bertugas di luar negara dan berkenalan dgn wartawan asing yang mengajak saya ke pekan berdekatan,
"i want go to town down but dont want go one person. I want go by many person"
Sampai sekarang saya ingat ayat itu. hahahahahahahaha
nasib baik saya pandai terjemah!

Marliza Radzi berkata...

hahaha "hebat" betul tahap penguasaan bahasa inggeris itu!

jane berkata...

salam nuar,

saya perasan kadang2 dekat astro ada terjemahan yg sangat x berkualiti. anak2 saya pun boleh dapat detect yg terjemahan itu salah. tu budak sekolah rendah tu...
memalukan!

hans berkata...

wah
bad translation tu
mana jumpa?

Unknown berkata...

Kak Atie,
Disebabkan itulah mereka perlu menyertai kursus terjemahan! hehe.

Cik Fizahanid,
Adik ipar saya di UK. Katanya, BI orang sana pun tidak hebat sangat!

Puan Am,
Terlalu "hebat". Namun ada juga orang terlalu mengagungkan BI. Saya bantah PPSMI!

Cikgu Jane,
Rasa tidak berbaloi membayar bil, bukan?

Tuan Hans,
Google!hehe.

Nida Shaari berkata...

baru-baru ni saya tengok satu movie. Dialognya lebih kurang begini "...the car is hot"

Dan terjemahannya ialah "kereta itu panas"

huh??

Unknown berkata...

Cik Madu Lebah,
... dan orang gelak kerana terjemahan itu, bukan?