@

P.36: PAS menang.

Malam tadi saya menonton komentar terkini berkenaan pilihan raya kecil itu di RTM 1 dan Astro Awani. Sekadar mahu mengetahui pendapat ahli panel berkenaan faktor kekalahan Barisan Nasional.

Di RTM, saya suka dengan satu pendapat ahli panel (kurang terkenal) itu yang menyatakan, "Pengundi Cina termasuk orang tempatan Terengganu yang berada di luar Terengganu tidak mahu balik kerana masa yang singkat. Mereka mahu balik pada cuti Hari Raya Cina nanti." Ada logiknya.

Di Astro Awani, empat ahli panel yang memang terkenal pun melontarkan pelbagai pendapat yang ada realistik, ada juga yang sekadar membuat telahan.

Namun tidak ada langsung ahli panel yang menyatakan PPSMI sebagai faktor kekalahan BN. Saya pun tidak pasti sama ada orang Terengganu peka dengan isu PPSMI. Mungkin ada juga yang mengambil sikap tidak ambil kisah dengan nasib bahasa Melayu.

* * *

Kini agak kelakar juga melihat berita di TV1 yang disiarkan lewat berbanding dengan program berita di saluran lain yang disiarkan pada pukul 8 malam. Tambah kelakar kerana organisasi kerajaan ini menjenamakan program berita itu sebagai "Nasional @ 1".

Sekiranya disebut pasti berbunyi, "nasional at one" bukannya "nasional di satu". Orang kampung pun tahu menyebut tipografi "@" pasti berbunyi "at" bukan "di".


Ini hujah orang RTM pada 11 Januari 2009 di Berita Harian.

Simbol "@" sudah lama wujud yang membawa maksud "ataupun" atau "alias". Kini simbol itu digunakan dalam teknologi maklumat yang memberikan makna "di/di alamat" yang disebut "at".

Ini teguran Profesor Dr. Teo Kok Sing dari UKM dalam Berita Harian 2 Januari 2009.

Saya terfikir... Mengapa tidak digantikan simbol

menjadi simbol


Mungkin orang ramai akan menyebut "di". Kalau mahu membuat perubahan besarlah...

9 komen:

Samhani berkata...

Encik Anuar, sepanjang pemerhatian saya di sana sepanjang tempoh prk ini, masyarakat Cina Terengganu (di Kg Cina dan Kg Tiong) suka akan calon PAS, dan suka akan parti PAS serta Pakatan. Mereka mahu pemimpin yang concern dan tidak diskriminasi terhadap mereka, ie kaum Cina di bumi Malaysia. Dan itulah yang Parti Islam tawarkan. Takbir!

Ticer Syah berkata...

nasib baik menang.. hehe..
apa pon selagi BN ada, selagi tu PPSMI ada.. ekekkee..tak dapek nak nolong.. duit depa banyak dah habis kat projek nih.. hohoho

jane berkata...

salam Nuar,

bila alternatif menang, tivi3 terus senyap. cuba kalo amno menang....sure ada lintas langsung!!

Unknown berkata...

Saya setuju dengan pendapat anda mengenai penggunaan @ yang memberi maksud at bukannya di. RTM sepatutnya mendokong untuk memartabatkan Bahasa Melayu yang semakin layu dan di persendakan. Kebelakangan ini RTM seperti cenderung untuk menggunakan perkataan yang mengundang kontroversi. Dahulu pernah ia menggunakan slogan Saluran Infotaimen Anda. Mungkin jika RTM ingin betul-betul memartabatkan Bahasa Melayu ia memerlukan penasihat Bahasanya sendiri yang terdiri dari pakar Bahasa Melayu.

Unknown berkata...

Puan Samhani,
Pihak lawannya perlu muhasabah kesilapan yang menyebabkan orang tidak suka kepada mereka.

Puan Mamida,
Kita mengharapkan BN menyedari kemarahan orang Melayu berkenaan PPSMI ini.

Cikgu Jane,
Yang pelik, ulasan RTM pula lebih memihak kepada PAS.

Enche Lah,
Katanya sudah dirujuk kepada DBP. Kalau betullah, maknanya orang DBP pun buat kesilapan.

Marliza Radzi berkata...

RTM1 cuba buat pembaharuan. tapi nampak kelakar.

Unknown berkata...

Puan Am,
Terlalu "Berfikir luar kotak" rasanya.

Ticer Syah berkata...

kalau ppsmi dihentikan, wajib ada pihak gelisah.. kekekek sbb tak dpt lagi tender membaiki laptop rosak dsb.. tiada lagi tender membuat cd2 yang korup.. bayangkan cd baru.. korup.. sangat2 menyedihkan.. mcm mana nk guna lcd dei.. kekeke.

idop ppsmi.. wakakakkaka

Ticer Syah berkata...

lupa nk tambah.. tiada lagi elaun bisp.. wakakkakaka.. nangis le geng2 bisp termasuk den. wakakkakak