Malam tadi saya menemani Isteri menonton American Dreams di Hallmark, Astro 702. Sambil menonton, sambil mengkritik gaya kehidupan anak-anak Amerika yang mempunyai banyak kehendak bertentangan dengan aturan ibu bapa.
JJ Pryor bertegas tidak mahu menyertai pasukan bola sepak sekolah walaupun bapanya bertegas mahu anaknya bermain bola sepak kerana dengan sukan itulah melayakkan JJ memasuki sekolah yang lebih berprestij. Si Meg Pryor pula terpengaruh dengan kawan sehingga sanggup berpakaian seksi untuk masuk ke studio American Bandstand.
Bapanya yang menjual barangan elektrik secara tidak sengaja terpandang aksi tarian anaknya di televisyen (warna hitam putih) yang dijualnya. Namun Meg menipu pergi ke perpustakaan.
Saya dan isteri pun mengomel jalan cerita yang memaparkan aksi anak-anak kurang ajar itu.
Saya: Susah juga kalau terlalu bertegas.
Isteri: Saya akan tegas juga!
Saya: Kalau saya sangat tegas, siapa pula yang akan lembut?
Isteri: .....
Saya memang pengagum Hasan al-Banna. Semua orang yang terlibat dalam arena dakwah perlu mengetahui susur galur perjuangan dan kehidupan al-Banna.
Di halaman 30 buku penulis Indonesia itu, al-Banna mengamalkan makan bersama-sama keluarganya. Walaupun sibuk dengan perjuangan Ikhwan di 20 buah negara, aktiviti makan bersama tetap menjadi keutamaan. Kelebihan makan bersama-sama keluarga pernah diceritakan oleh Am.
Dakwah secara tidak langsung tetap diamalkan di dalam rumah. Anaknya, Saiful Islam dahulu sangat suka membaca komik. Al-Banna tidak melarang, tetapi kemudian beliau membelikan buku sejarah Islam seperti kisah Salahuddin Ayubi sebagai alternatif bacaan untuk anaknya.
Ayat yang paling menarik perhatian saya ialah, "Aku ingin sekali menyampaikan dakwah ini sehingga kepada janin yang ada di dalam perut ibu mereka," kata al-syahid al-Banna.
Ada seorang warden sekolah memberikan respon. Antara kata-katanya, "Hampir 90 peratus HP pelajar digunakan untuk menghubungi kawan atau boyfriend/girlfriend. Hampir 95 peratus HP digunakan untuk SMS kawan atau boyfriend/girlfriend. Malah hampir semua HP remaja kini ada video klip lucah."
Saya dan Isteri risau.
JJ Pryor bertegas tidak mahu menyertai pasukan bola sepak sekolah walaupun bapanya bertegas mahu anaknya bermain bola sepak kerana dengan sukan itulah melayakkan JJ memasuki sekolah yang lebih berprestij. Si Meg Pryor pula terpengaruh dengan kawan sehingga sanggup berpakaian seksi untuk masuk ke studio American Bandstand.
Bapanya yang menjual barangan elektrik secara tidak sengaja terpandang aksi tarian anaknya di televisyen (warna hitam putih) yang dijualnya. Namun Meg menipu pergi ke perpustakaan.
Saya dan isteri pun mengomel jalan cerita yang memaparkan aksi anak-anak kurang ajar itu.
Saya: Susah juga kalau terlalu bertegas.
Isteri: Saya akan tegas juga!
Saya: Kalau saya sangat tegas, siapa pula yang akan lembut?
Isteri: .....
* * *
Seksyen buku Melayu di Kinokuniya semakin besar. Seronok! Saya tertarik dengan satu buku, Cinta di Rumah Hasan al-Banna oleh Mohammad Lili Nur Aulia. Buku itu menceritakan kaedah al-Banna mendidik anak-anaknya.Saya memang pengagum Hasan al-Banna. Semua orang yang terlibat dalam arena dakwah perlu mengetahui susur galur perjuangan dan kehidupan al-Banna.
Di halaman 30 buku penulis Indonesia itu, al-Banna mengamalkan makan bersama-sama keluarganya. Walaupun sibuk dengan perjuangan Ikhwan di 20 buah negara, aktiviti makan bersama tetap menjadi keutamaan. Kelebihan makan bersama-sama keluarga pernah diceritakan oleh Am.
Dakwah secara tidak langsung tetap diamalkan di dalam rumah. Anaknya, Saiful Islam dahulu sangat suka membaca komik. Al-Banna tidak melarang, tetapi kemudian beliau membelikan buku sejarah Islam seperti kisah Salahuddin Ayubi sebagai alternatif bacaan untuk anaknya.
Ayat yang paling menarik perhatian saya ialah, "Aku ingin sekali menyampaikan dakwah ini sehingga kepada janin yang ada di dalam perut ibu mereka," kata al-syahid al-Banna.
* * *
Pagi semalam juga, Faizal Ismail dan Fara Fauzana di Hot.FM membawa topik berkenaan keperluan/kehendak anak-anak di sekolah diberikan telefon bimbit (HP). Walaupun ini isu lama, tetapi ada kaitan dengan anak Faizal yang baru memasuki sekolah.Ada seorang warden sekolah memberikan respon. Antara kata-katanya, "Hampir 90 peratus HP pelajar digunakan untuk menghubungi kawan atau boyfriend/girlfriend. Hampir 95 peratus HP digunakan untuk SMS kawan atau boyfriend/girlfriend. Malah hampir semua HP remaja kini ada video klip lucah."
Saya dan Isteri risau.
12 komen:
salam nuar,
anak sulung saya yg akan PMR tahun ini telah secara sukarela menyerahkan telefon genggamnya kepada kami berkuatkuasa pada 31 disember lalu. dan telefon itu juga dijanjikan akan dipulangkan semula di hari terakhir peperiksaan PMR nya berlangsung pada Oktober nanti. motif ? apakah dengan ketiadaan telefon itu dia akan belajar bersungguh sungguh ? saya pun tidak tahu. ia hanya satu ikhtiar....doa saya semoga semuanya baik2 belaka....
membesarkan anak2 masa kini adalah suatu cabaran yg terbesar berbanding proses melahirkan.
Cikgu Jane,
Baguslah. Ada perkembangan baik. Didoakan supaya keputusannya cemerlang seperti yang diharapkan.
Membesarkan anak-anak... Itu yang saya risaukan.
hoho.. mmg pun, tapi apa pun, kalau nk bg hphone, bagi lah yang berfungsi utk call saja.. eejjejee.. ada ke orang jual? huuhu..
zaman makin mncabar.. suma benda menakutkan.
kadang2 kita dah kepung anak kita elok2 sejak dia kecik. tapi bila masuk skola, setakat mana kepungan kita tu dapat bertahan..
saya pernah tergezut masa dia start tadika and bila dia pernah kata.. b*** bila marah kat adik dia.. dia pun tak paham makna bila ditanya maksud.. tapi dia dapat dari mana ye word tu.
kita just boleh doa yg the best utk depa.. and pastikan didikan agama yang cukup sebagai bekalan dia di masa depan.. itu lebih penting
wallahualam.
Puan Mamida,
Carut mencarut kini sudah menjadi norma masyarakat. Kononnya sebagai ekspresi emosi. Malangnya, kanak-kanak pun terpengaruh.
Entahlah...
anak2 nih hidup bergantung pada persekitaran dan cara didikan...
xsalah kalau tegas tapi mesti ada jawapan kenapa kita tegas...
tak boleh setakat membuta tuli tanpa ada alasan yang kukuh...
that my opinion lah..
Tuan Rantong,
Amin...
Tuan Hans,
Berkata-kata berdasarkan pengalaman ya. :)
kalau di spore, sekiranya parents rotan anak, dan anak plak buat report, parents boleh didakwa.. huhu..
kakak2 saya naik tensen nk disiplin kan anak.. boleh stress katanya.. sbb kat sana lagi la.. mcm2 ada.. no limit.. huhu
Berikan anak-anak kasih sayang dan perhatian sepenuhnya. Selebihnya berdoalah untuk kesejahteraan dan kejayaannya. Doa ibu terutamanya, insyaAllah dimakbulkan.
Puan Mamida,
Saya setuju dengan pendapat Puan Zaitun di bawah komen puan.
Puan Zaitun,
Setuju. Semoga Allah permudah segala urusan.
slm En Anuar!
terlebih dahulu maafkan saya kerna tidak dapat hadir walimah tempoh hari.
4hari lepas baru sahaja beli buku karangan M.Lili Nur Aulia..tapi lucunya belum dibaca..hahhah...
InsyALlah akan diulas nanti...
Tuan Din,
Apa judul buku itu?
Cinta di Rumah Hasan al-Banna la..
Belia pada Saudara Ann Wan Seng, siap dapat sign lagi tuh..
Catat Ulasan