"Orang kata kalau kita terasa geli semasa digeletek, kita akan mendapat isteri yang cantik." Isteri saya menjawab, "Jadi saya cantiklah, bukan?" Saya menjawab balik, "Itu orang kata, tidak semestinya tidak betul." Haha.

Saya tergolong dalam jenis orang yang geli semasa digeletek. Isteri saya pun cantik. Mungkin benarlah orang kata! ngehe.

Darwin (pendukung ajaran sesat teori evolusi) menyatakan sebahagian anggota badan kita mempunyai refleks semula jadi yang bertindak balas pada setiap sentuhan "penggeletek" itu. Namun baginya refleks itu berfungsi sebagai "pertahanan" badan daripada "penyerang" itu.

Ironinya, sekiranya saya menggeletek diri sendiri, tidak pula terasa geli. Memang mustahillah dapat menggelikan diri sendiri dengan geletek kerana kita sudah bersedia menghadapi keadaan itu.

Itu secara pendapat peribadi. Menurut pakar di Institute of Neurology, London, yang menyatakan maklumat tempat yang mahu kita geletek di badan kita sebenarnya awal-awal sudah dihantar serebelum ke korteks somatosensori (bahagian otak yang berkaitan dengan deria sentuhan).

Jadi sudah tentu otak tidak mendefinisikan perbuatan itu sebagai "ancaman", yang tidak menyebabkan kita geli apatah lagi melatah.

Ada kawan melatah sebut P****T apabila digeletek.

15 komen:

Ticer Syah berkata...

hehe.. kami pon geli bila digeletek. kuikui.. so, hubby encem la kan.. kuang kuang kuang :p

orang melatah ni kadang2 kesian tengok depa.. mcm penat je kan.. apa asal usul latah ek? kaji la pasal latah plak..

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Saya memang mengulas isu latah, tetapi malangnya kurang bahan. Sebabnya "orang putih" tidak melatah. Yang melatah cuma orang Melayu dengan Eskimo. Itu yang Fadzilah Kamsah kata.

Marliza Radzi berkata...

ada sepupu-sepupu saya 3 beradik semasa kecilnya perlu digeletek-geletek manja dahulu oleh ibu mereka sebelum tidur, kalau tidak tak boleh tidur. Haha.

Adlan berkata...

sy rasa geli sket la kalo geletek diri sendiri.. insyaAllah harap2 dapat la isteri yang cantik .hehe

jane berkata...

salam...

cuba tengok yg melatah tu banyak d pantai barat ke pantai timur msia? ada ke statistik itu ?

Tanpa Nama berkata...

stress bekerja terus hilang bila pulang ke rumah terus dipuji cantik oleh suami,ngehehe..

melatah bukan satu penyakit cuma sindrom psikologi akibat tekanan.Betulkah?

Unknown berkata...

Puan Am,
Pelik! Teringin juga tahu sebabnya.

Tuan Adlan,
Insya-Allah... :)

Cikgu Jane,
Saya rasa pakar psikologi perlu menyelidik hal berkaitan latah lah.

Isteriku,
Awak cantik... hehe
Tapi jangan melatah lagi ya.

Nida Shaari berkata...

Saya geli bila digeletek atau disentuh. Sangat.

Tetapi saya tidak melatah.

Ticer Syah berkata...

hoh.. fadhilah melatah? kuikuikui

Unknown berkata...

Cik Madu Lebah,
Itu normallah. Tahniah:)

Puan Mamida,
Saya sedang mengubahnya. hehe

cik puan daun berkata...

suami sangat sangat penggeli bila di geletek..

saya..

tak cantik ponnnnnnnnn... ampeh!!

Unknown berkata...

Cik Puan Daun,
Betulkah tidak cantik?

hans berkata...

Ada kawan melatah sebut P****T apabila digeletek...

haha...antara manusianya adalah saya...
haha

Unknown berkata...

Tuan Hans,
Cubalah untuk tidak melatah lagi.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa pula apabila kita sudah tahu akan/bersedia untuk digeletek oleh orang laina, kita masih berasa geli?
Adakah kerana kurang yakin maka otak masih menganggap itu sebagai satu 'ancaman'?

HZ