26 Disember 2006, saya melapor diri bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Puan Padilah Ali memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya yang berumur 25 tahun (pada masa itu) sebagai editor majalah Dewan Kosmik.

Sekiranya di Utusan Karya ataupun Karangkraf, kebanyakan editor dilantik dalam kalangan penolong/timbalan editor yang banyak pengalaman. Bak kata Aninah, "Editor di tempat lama aku (Utusan Karya) semuanya 'otai', banyak yang sudah memakai kaca mata tebal."

Alhamdulillah saya berjaya menerbitkan Dewan Kosmik, majalah sains dan teknologi yang satu-satunya berbahasa Melayu di dunia selama dua tahun. Orang lain kata saya berjaya menjadikan majalah ini berada pada tahap yang terbaik. Puan Padilah pun sentiasa berkata kepada orang lain, "Saudara Khairulanuar ini lulusan usuluddin (yang betul usul fiqh), tetapi berjaya menjadi editor majalah sains yang terbaik."

Itu kata mereka. Namun pada saya, saya tetap gagal menjadikan majalah ini berkualiti seakan-akan dengan Popular Science, Scientific American Mind, dan lain-lain majalah sains. Maksud saya, berkualiti itu hebat dari segi isi kandungan. Memang saya sentiasa berusaha ke arah itu. Terpaksa menanda aras (benchmark) dengan majalah Inggeris kerana tiada majalah seumpama ini dalam bahasa Melayu.

Dalam masa yang sama, agak kecewa kerana Dewan Kosmik dan sembilan majalah lain terbitan DBP sukar diperoleh di pasaran. Saya mendoakan semoga syarikat D dapat berubah. Semua majalah dan buku DBP diedarkan dan dipromosikan oleh Syarikat D.

Ini kerana selepas ini saya tidak lagi mendapat majalah-majalah DBP secara percuma. Saya perlu membeli 10 majalah itu yang jumlah keseluruhan RM46 sekiranya mahu membaca semua majalah DBP. Mahu mengeluarkan RM46 bukan menjadi isu. Isunya, di mana mahu mendapatkan majalah itu lagi?

Di kedai-kedai kawasan rumah saya memang tiada. Di Jusco Cheras Selatan pun tiada. Dahulu, rajinlah SMS pegawai syarikat D sekiranya tiada majalah DBP di kedai majalah tertentu. Lama-lama, malas pula kerana tiada perubahan pun.

Hari ini, hari terakhir saya di Bahagian Majalah DBP. Saya ditawarkan bertugas di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bermula 2 Januari 2009.

Semua orang mempunyai sebab untuk "berhijrah" kerjaya. Gaji? Jawatan? Anda tahu, saya pun tahu sebabnya. Yang pentingnya, saya ada sebab tertentu.

Yang paling seronok, sudah tentulah isteri saya. Ini kerana beliau sudah ada "pemandu" untuk menghantarnya ke tempat kerja. Tempar kerja Isteri di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak (berdekatan Jalan Semarak). Tempat kerja baharu saya pula di Seksyen 10, Wangsa Maju.

Semoga saya terus menjadi orang yang cemerlang dan hebat di tempat kerja baharu (meminjam judul buku yang pernah saya buat di PTS). Ucapan perpisahan saya tadi, "Saya berhijrah kerana mahu memajukan diri. Sekiranya diri saya maju, saya dapat membangunkan kemajuan SEJAGAT." Sejagat banyak interpretasi.

Mungkin saya menulis blog berkenaan sains lagi?

19 komen:

jane berkata...

salam nuar,

baru tau hari ni, nama nuar Khairulanuar...haha. ada kenangan disebalik nama itu!

tahniah, dapat kerja baru ? bidang tugasan rasanya berbeza dan dapat tambah ramai lagi kawan. moga lebih cemerlang ya!

**memang saya x pernah namapak dewan kosmik nih dekat2 kedai buku yg saya pegi....atau saya x peka ?

Unknown berkata...

Cikgu Jane,
Nama sebenar saya Mohd Khairulanuar. Panjang. Itu belum termasuk nama bapa.

Terima kasih atas doa itu.

*Saya akan menjawab tag itu ya. hehe

ZulDeanz berkata...

ku sangka panas hingga ke petang....huhuhhhhhhh

ABSOLUTE berkata...

waa, nak kamus DBP edisi ke 4 free boleh? hehee

Unknown berkata...

Tuan Zul,
Tengah hari sudah jerebu!haha

Tuan Asybedazzle,
Saya pun kena beli sendiri. huhu

Ticer Syah berkata...

tahniah2 kerana brjaya dpt kerja baru. bagus la nak majukan diri.. jangan jadi sesetengah orang yang tak mahu pindah atau cari kerja lain sbb dah syok duduk dalam comfort zone.. sangat membosankan .. hehe

Zulkifli Ramli berkata...

Tahniah kerana mendapat kerja baru.Semoga terus maju.
nanti kalau senang ,boleh berjumpa.Kak Yati sudah selamat melahirkan anak perempuan(kedua) minggu lepas (20/12).
Wangsa Maju dan Taman Melati dkt sahaja. :)

Tanpa Nama berkata...

Kerjaya bukan sekadar utk dapat gaji sara diri..Saya melihatnya sebagai satu medium untuk kepuasan diri....
p/s yeayy,boleh lunch sama2 kan?ngehehe

azlishukri berkata...

Tahniah nuar..tak sangka aku ko berhijrah dalam masa yang sangat singkat..seolah2 kita masuk sama kat DBP dan kita pun keluar sama dari DBP..ko gi ITNM dan aku merantau ke negeri Pahang..





* jangan lupa belanja aku, ko masih berhutang...he..he..

Marliza Radzi berkata...

hebat betul!

Zamri Mohamad berkata...

Ya, merata cari Dewan Ekonomi, sudah masuk tahun baru tak jumpa-jumpa lagi!

Geramnya!

www.zamrimohamad.com

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Penghijrahan itu mesti berani untuk menempuh cabaran baharu. Paling mencabar ialah harapan tinggi majikan terhadap orang baharu ini.

Tuan Zoy,
Memang wajib jumpa nanti sebab CD masih pada saya lagi.

Isteriku,
Ya! Kita akan terus semakin dekat.

Tuan Azli,
Bermakna kita sahabat, bukan?

Puan Am,
Tidaklah sehebat orang lain. Namun tetap berdoa menjadi orang yang hebat dan cemerlang.

Tuan Zamri,
Langgan sahaja. Terus dihantar ke rumah.

Zaid@Zaidel berkata...

Tahniah, jangan lupa orang seberang lautan ni. Nanti kita boleh buat program bersama. Kita bertiga sama-sama berhijrah.Tak sangka begitu cepat, kan.

Khairusy Syakirin Has-Yun berkata...

Selamat berhijrah...semoga kesungguhan saudara di dbp itu dapat diterjemahkan di ITNM, di dalam usaha memajukan lagi penerbitan dan penterjemahan di Malaysia. Selamat maju jaya!!

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Hijrah untuk kebaikan, insyaAllah. semoga diredhai. Perjuangan pastinya terus-terusan menjadi agenda hidup. walau di mana juga.

Tanpa Nama berkata...

Sesekali datanglah dbp bgi khutbah jumaat....Nuar, macam mana dengan Gamelan yang kau join kat DBP ni...

Unknown berkata...

Tuan Zaidel,
Ada hikmahnya di sebalik setiap kejadian, bukan!

Tuan Khairusy Syakirin Has-Yun,
Insya-Allah saya akan berusaha ke arah itu.

Tuan Rozlan,
Ya betul. "Hijrah" itulah ucapan terakhir saya di DBP.

Tanpa Nama,
Siapa?

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Nuar, pantasnya masa berlalu sehinga kita tak sempat berbye-bye ya!

Unknown berkata...

Ustaz Azman,
Saya terfikir juga mahu berjumpa dengan semua orang sebelum pergi, tetapi kebetulan pula pada masa yang sama jatuh pada hari cuti.

Namun minggu hadapan saya akan datang DBP. Ada pertandingan badminton DBP-ITNM di bankuet, dan futsal di Ampang.