Semalam, Isteri cuti sakit kecemasan kerana menjalani "pembedahan" gigi disebabkan selalu mengadu sakit gigi. Bagi saya, sakit gigi tidak boleh dipandang remeh. Rasanya semua orang pernah mengalami keadaan rasanya ngeri sakit gigi.

Ada kajian pula menyatakan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit mata, strok, jantung, diabetes, dan kelahiran pramatang kepada ibu hamil berpunca daripada sakit gigi.

Sebaik sahaja mesyuarat ditangguhkan, saya terus menghubungi Isteri. Katanya dengan nada yang tidak jelas, "Muka saya bengkak dan tidak ada selera makan kerana sakit sangat." Terus saya mengisi borang cuti walaupun sudah berada di pejabat sehingga pukul 11 pagi.

Banyak penyakit sebenarnya berasal dari mulut dan gigi. Menjaga kesihatan mulut/gigi bermaksud menjaga kesihatan seluruh badan. Ini kerana dari situlah pintu segala benda asing masuk ke dalam tubuh badan. Namun sakit gigi isteri kerana ada tumbuh gigi yang bertindan dengan gigi yang sedia ada.

Tiba di rumah, memang muka Isteri kelihatan sedikit lebam. Kebetulan tiba di rumah dalam masa makan tengah hari. Isteri ada membeli McD (rumah berhadapan McD), tetapi dia tiada selera makan pula. Semasa saya menghabiskan makanan yang tidak dimakannya itu, teringat satu trivia...

Satu-satunya negara di dunia yang tidak menjual daging lembu di restoran McDonalds ialah India. Sebabnya semua orang tahu, kerana lembu bagi penganut Hindu diibaratkan sebagai binatang suci/dewa. Jadi McD di India hanya menjual daging ayam, kambing dan ikan.

Arak di negara Islam? Bukan sahaja gigi rosak, otak pun rosak teruk.

13 komen:

Ticer Syah berkata...

eeee... sakit gigi mmg menyakitkan.. ngilu baca entry u kali ni.. eeee..
tamo komen apa daaa :( semoga fadhilah cepat sembuh

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Sakit gigi satu hal. Membayar bil pun boleh tahan sakit juga.

jane berkata...

salam,
sakit gigi kata orang sakit ketiga paling sakit selepas sakit semasa roh dicabut dari jasad dan sakit nak beranak...betul atau tidak ? wallahualam..

saya dah link blog ini.

***isu2 yg encik anuar tulis sangat menarik bagi saya. tahniah!

Unknown berkata...

Cikgu Jane,
Saya kurang pasti. Kalau betul, ini maklumat baharulah.

Saya pun sudah link blog puan. Terima kasih.

shahrul manshor berkata...

insyallah mula bln 1 2009, tiada penjualan arak di kawasan majoriti melayu di bwh kawasan MBSA,,,esp sek 7 shah alam ..

allahu akbar..

Wasunni Al-Kelantani berkata...

Tuan Anuar,

mmg sakit gigi ni bleh sakit seluruh badan jadinya..

Ari tu masa aku balik Malaysia..gigi aku ni pun sakit semacam kuatnya..last2 aku pergi satu klinik kat KL sbb masa tu aku kebetulan aku kat KL..si Doktor gigi tu cakap yg gigi aku perlu dicabut sbb ada gigi baru yg tumbuh dan tindih gigi aku yang lain..dia kata kena caj RM 400..aku mengiakan saja sbb percaya dia bulat2 base on dia seorg Doktor gigi dan buat la appointment utk cabut gigi dalam masa 4 hari dari date aku pegi check tu..

Lepas aku cek ngan Doktor kat KL tu, aku balik ke Kelantan dan ayah aku minta aku pi cek sekali lagi dgn doktor pakar pergigian kat KB yg kebetulan kenalan ayah aku. Doktor ni terkejut bila aku kata doktor yg aku jumpa di KL tu kata gigi aku perlu dicabut..walhal doktor pakar ni kata gigi aku sakit tak ada kena mengena langsung dgn gigi baru tumbuh..jadi sakit tu sbb ada lubang kecil tapi dalam dicelah salah satu gigi tu dan solutionnya hanyalah membuat tampalan..dan kosnya pun dalam RM 70 sahaja..

selesai je ditampal..Alhamdulillah. sampai ari ni gigi aku dah tak sakit..

sampai skrg aku bengang dengan doktor yg mula2 aku consult tu..tak tau la dia bertauliah atau tak...bahaya juga..kalau tak..tak pasal2 satu gigi geraham aku menjadi mangsa..hehe

Raina berkata...

menarik content blog u..
dapatla update ttg your wife from here :)

Unknown berkata...

Abang,
Sepatutnya di seluruh Malaysia kerana majoriti Islam di sini.

Tuan Salleh,
Isteri aku dicaj RM230. Rasa-rasanya boleh lagi murah. Walau bagaimanapun, anggaplah sebagai hadiah kepada doktor itu. Allah maha adil.

La reine,
Kenal Isteri saya?

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Sahabat saya tidak pernah mengadu sakit gigi. Malah ada kelebihan sendiri, menyanyi sambil memberus gigi. Sesekali yang sakit hanya gusi!

p/s: Dia pakai gigi palsu. :)

Closeup berkata...

alaa bestnye kaklong dapat operate gigi(tp x best la to thextend muke bengkak...serious tu)..dah byk kali umi postpone nak operate gigi..ingatkan sblm fly blh la nak operate..x done...agaknye umi sakit mate kronik ni pasal gigi jugak kot...:(...nampak gayenye lps ni kaklong mkn bubur je la...k ...jg kaklong baik2..

Unknown berkata...

Tuan Rozlan,
Haha

Umi,
Kak Long ada cakap juga Umi mahu buat rawatan yang sama. Sekejap sahaja sakit Kak Long itu. Semalam boleh makan burger lagi.

Malam ini balik Johor!hehe

azlishukri berkata...

tak mengapa nuar..biar sakit gigi..jangan sakit hati..

Unknown berkata...

Tuan Azli,
Sakit hati jangan dibiarkan berlarutan ya!