Berborak semasa berziarah hari raya adalah saat paling mengasyikkan. Lagi-lagi kalau berborak dengan pakcik makcik yang banyak pengalaman. Topik-topik klise yang akan dibincangkan:
  • Cuaca (hujan ataupun tidak)
  • Keadaan jalan raya (sesak ataupun lengang)
  • Situasi politik negara (UMNO, PAS, PKR, DAP)
  • Ekonomi (minyak, ekonomi Amerika Syarikat)
  • Kisah haji (pakcik makcik yang akan menunaikannya)
  • Terbaharu: Lanun merampas kapal MISC
Namun saya paling terkesan apabila berborak dengan Pak Andak (pakcik Isteri) di Felda Tenggaroh, Mersing. Kasihan apabila mendengar dia menceritakan keperitan peneroka Felda yang masih lagi terpinggir. Katanya, "Rumah aku cantik kerana aku melakukan kerja-kerja luar (part-time). Kalau mengharapkan hasil tanaman, rumah macam itulah yang aku dapat," sambil meluncungkan mulutnya ke rumah usang di seberang rumahnya.

Lain pula apabila berborak dengan orang muda. Mai (sepupu) menceritakan filem baharu yang ditontonnya di HBO, Freedom Writers.

Apabila tiba di Kuala Lumpur, melilau saya mencari DVD filem itu, tetapi tiada di Subang Jaya. Di The Summit USJ, tempat saya mendapat rare film pun tiada. Kata Isteri, "Kita langganlah HBO nanti!"

Mai kata filem itu menceritakan pengalaman guru mendidik murid yang kurang pandai sehingga mereka berminat untuk menulis dalam bentuk surat. Akhirnya surat-surat anak-anak muridnya itu menggemparkan keadaan. Yang menarik, guru itu berjaya merangsang minat murid-muridnya membaca novel Anne Frank.

Siapa ada filem ini? Kalau tiada, saya nekad muat turun filem itu nanti!

9 komen:

ZulDeanz berkata...

Saudara Anuar, kawan aku di Syarikat D ada simpan Filem tu... kalau nak, kena belanja aku kueh raya. hahahahha

Unknown berkata...

Tuan Zul,
Siapa? Anas ke? Belanja kuih raya di rumahlah.

ZulDeanz berkata...

siapa lagi Anas laaa....

Unknown berkata...

Tuan Zul,
Sekejap lagi saya jejakkan kaki di Syarikat D:)

Ticer Syah berkata...

wah.. mcm bes aje.. mcm mana nak donlod dia? guna Ares ke? hehehe.. kami pon nak donlod gak.. kekeke.. agak2 cetak rompak kuar dak g? kuikui

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Kawan ada filem ini. Hari ini katanya akan dibawa ke pejabat. Mahu? Datanglah DBP!hehe

Ticer Syah berkata...

waduh.. jauh bangat nak amik tu.. kuikui.. kirim kat kak filzah leh? heheheheh

Tanpa Nama berkata...

sangat best.. aku dah setahun tengok. dvd tu aku beli kat tepi jalan je.. kena cari katne aku letak..

mamida, sgt3 disyorkan utk tonton.. sgt memberi semangat utk guru2..

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Suhail sudah ada filem itu. Cikgu wajib tonton!

Tuan Suhail,
Syukur ada kawan berikan aku pinjam DVD nya.