Kedua-dua buku ini mempunyai wajah kulit yang hampir sama. Sama imej, cuma diolah sedikit sahaja.

Kedua-dua penulis buku ada kaitan dengan DBP. Kiblat Mawaddah, Hasrina Baharum bekas editor Dewan Pelajar yang kini pensyarah UPSI. Manakala Terima Kasih, Tuhan, penulisnya Azizul Rahman, Guru Cemerlang KPM yang merupakan penulis tetap Dewan Siswa dan pembentang Majalah Dalam Kelas (MDK) untuk majalah-majalah DBP.

Persoalan, dari segi undang-undang, apakah implikasinya?

Satu buku, penerbitnya Tintarona. Satu lagi, Utusan Publications (UPND). Rasanya, dua-dua penerbit itu adalah sama.

Bak kata seorang editor DBP, "Seteruk-teruk penerbit D, ada lagi penerbit lagi teruk."

18 komen:

Adlan berkata...

salam.
kadang2 konsep yang sama ni kelihatan seperti parody jugak.

saya tak arif tentang undang2. tapi sepatutnya takde masalah sebab ia kelihatan hampir sama. sama juga seperti jenama tiruan adidas - abibas, nike - just do it/ must do it.

asalkan ada sedikit perbezaan walaupun tak ketara, mana2 pihak tak boleh saman. rasanya la..

Marliza Radzi berkata...

woah samanya! sungguh mengelirukan! (there, dah ada sorang dah keliru, boleh jadi kes ni)

masalahnya, taklah lawa sangat gambar tu yang sampai 2 buku nak buat jadi cover. tak faham saya.

Ticer Syah berkata...

polak.. pelandok dua serupa.. heheh.. isk isk.. sapa yg pilih ini gambar ek? penerbit ke yg pilih gambar tu? sapa keluar dulu.. aisey bikin malu geng GC je la guru cemerlang tuh.. kuikui

siku lipat berkata...

background yang hampir sama. cuma mana yang keluar dulu ?

Unknown berkata...

Tuan Adlan,
Perubahan hanya sedikit. Tapi masih nampak yang asal. Rasanya kedua-dua penerbit itu sama. Kalau mahu saman pun, mungkin penulisnya.

Puan Am,
Memang tak cantik, tapi mungkin idea sudah tandus@malah buat kerja.

Puan Mamida,
Bukan masalah pada penulis kerana pemilihan kulit adalah hak penerbit. Penulis boleh mencadangkan.

Siku Lipat,
"Terima kasih, Tuhan" lahir dahulu. Kasihan penulis "Kiblat Mawaddah", datang ke pejabat kami mahu menunjukkan buku keduanya, kami pula menunjukkan buku yang berwajah sama.

Sahalfikri berkata...

ramai beli buku mana?

Unknown berkata...

Tuan Suhail,
Aku belum jumpa buku-buku ini di kedai lagi. Inipun kawan yang bawa datang pejabat. Belum bestseller lagi rasanya.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Bayang-banyang lelaki itu dari depan ataupun belakang?

Dalam budaya Melayu, jangan tunjuk punggung!

Unknown berkata...

Puan Ainon,
Imej manusia itu kabur. Rasanya dirakam dari belakang.

sinaganaga berkata...

Inilah masalahnya kalau guna imej dari Image Bank. So, sekarang anda sudah tahu - nanti kalau jadi editor buku, 'anda sudah tahu'! :)

Unknown berkata...

Saya sudah tahu, tetapi tidak faham lagi perbuatan itu.

sinaganaga berkata...

Ilustrasi - termasuk dalam kategori karya seni juga. Pemilikan - ada 2 jenis - 1. milik pengkarya, 2. milik company (setelah dijual terus oleh pengkarya), dalam kes ini - jadi milik Image Bank (waima, apa sajalah nama pusat pengumpul imejnya).

Katakanlah kau ada satu ilustrasi (gambar foto) - gambar Encik Bush - kau boleh jual kepada berapa banyak pelanggan yang kau suka, sebab hak cipta milik kau. Terpulanglah kepada designer untuk mengolah (memangkas, memanupulatif imej, etc) gambar kau tu. Apapun, ia bergantung kepada perjanji kau dengan pembeli tersebut.

Dan, ada juga pembeli yang mahu pemilikan tetap. So, dia kena beli dengan harga yang lebih mahal. Maknanya, dia beli 1. gambar kau, 2. hakcipta gambar tu sekali. Lepas dia beli - kau dah tak boleh jual kat orang lain juga.

Samalah keadaannya di Image Bank ni. 1. Kau boleh beli untuk SATU KEGUNAAN SAHAJA, 2. Kau boleh beli untuk BEBERAPA KALI KEGUNAAN, 3. Kau boleh beli terus HAK MILIKNYA dan kau boleh buat apa sahaja dengan gambar itu.

sinaganaga berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sinaganaga berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sinaganaga berkata...

Dalam kes buku ini: Kedua2 buku tak sama design sebenarnya. Kendati pun 1. gambar sama, 2. pemangkasan yang tidak banyak beza... tetapi, olahan reka bentuk adalah BERLAINAN/TAK SAMA (mengambil kira hukum prinsip rekaan - part ni kau boleh rujuk Encik Bush - sebab dia tengah buat Master - takkan pre-dip pun tak 'kacang' lagi). Con: Placement heading kedua-dua buku ini masih 'unik' (tak serupa/tak ada persamaan).

Dalam kes ini - ini kes 'kurang bernasib baik'. Adalah salah silap kat mana-mana. :) Ini kes 1 dalam sejuta, kot.

sinaganaga berkata...

For ya info:

Lately, pertandingan fotografi di negara kita yang 'aman damai' ni - kalau kau ambil gambar - kemudian kau menang - hakcipta gambar masih kau punya - pihak penganjurkan tak ambil pun - pihak pengantur cuma ambil hak 1. mempamerkan gambar yang menang itu (utk beberpa hari), 2. menerbitkanya di dalam poster, katalog, kempen mereka, etc pada ketika itu.

Lepaas tu, katakanlah selepas setahun, mereka nak pakai gambar tu semula - dia kena minta izin or beli daripada kau semula.

So, dalam perido itu - kau boleh jual gambar tu kat mana2 individu atau syarikat.

Kecuali dalam syarat pertandingan itu ada menyebut SEMUA KARYA AKAN MENJADI MILIK PENGANJUR.

But, selalunya dah tak macam tu dah.

sinaganaga berkata...

Eh, aku nak gi mandi dah ni. Masih cuti lagi ni, he he. Lepas ni nak gi melepak kat opis kawan2. :) (Baca: Makan free, kawan belanja).

Unknown berkata...

Tuan Naga,
Terima kasih atas maklumat bermanfaat itu. Patutlah datang ke pejabat syarikat D, tidak terasa 'bahang'. Rupanya Tuan Naga 'ilek'.