Sekiranya ditanya kepada pelakon-pelakon filem seram/hantu berkenaan pengalaman semasa berlakon, tentu jawapannya, "Saya mengalami itu dan ini"-peristiwa menyeramkan.
Saya tidak mengalami sebarang peristiwa pelik sepanjang menyunting manuskrip Uncle ini. Cuma saya tidak menyunting manuskrip ini sehingga lewat malam, dan hanya menyuntingnya di ruang tamu sahaja. Cuma sekiranya saya berada di pejabat sehingga lewat malam, terbayang-bayang kisah Uncle berkenaan peristiwa semasa beliau dan kumpulan PSI mengadakan "liputan" di kubur lama di hadapan DBP. Kawasan DBP dikelilingi dengan kubur lama, jirat Cina, kubur Muslim, Kristian dan India. Lengkap!
Saya mencadangkan buku beliau ini wajar dibeli oleh setiap perpustakaan awam dan institut pengajian. Mana-mana pusat pengajian yang menawarkan kursus sosiologi dan antropologi, inilah hasil kajian terperinci berkenaan kewujudan cerita-cerita hantu yang mungkin tahayul. Boleh dikategorikan sebagai buku ilmiah kerana buku ini lengkap dengan nota kaki dan bibliografi.
Mana lagi kita hendak dapatkan versi sebenar yang menerangkan berkenaan hantu raya, pocong, pelesit, toyol, hantu galah, hantu tindih dan bermacam-macam jenis hantu. Nah! Uncle berikan 99 kisah hantu. Saya sendiri sudah kenal banyak hantu. Rasa-rasanya selepas ini Mastika atau majalah-majalah sebegini tidak akan menceritakan kisah hantu lagi.
15 komen:
wah,
rupanya kau yang menyunting buku itu..kagum aku..
harganya terlalu mahal..
pun jumlahnya terhad kan?
99 cuma..
eh, apa lagi ceritanya?..kau dapat tak satu salinan nuar? hehe
sesiapa pun takkan lari kerana takutkan hantu, kalau ...
hantu itu secantik gadis yang memegang buku itu. haha.
bersengkang mata awk siapkan suntingan buku tu, akhirnya published jugak!ilustrasi hantu-hantu dalam buku tu betul ker awak?
Tuan Nadmin,
Aku ada soft copy manuskrip buku itu?Mahu??Ooo tidak...Amanah tuuu...
Tuan Adnan,
Tapi pontianak lagi cantik. Mahu?
Fadhilah,
Macam benar.
mai ai mahalnya!
seperti nadmin, saya juga kagum!
Puan Am,
Ada buku yang mahal kerana kualiti isi kandungannya. Ada juga yang mahal kerana kualiti percetakannya.
Salam
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek Buku 99 Jelmaan Makhluk Halus Dengan Antropologi Melayu.
Sememangnya buku itu mahal, kos penyiapan sahaja menelan belanja mencecah RM500,000.00 dalam masa 4 tahun.
Sebenarnya permintaan amat memberansangkan dari negara Eropah dan Asia. Versi bahasa enggeris dan lain-lain akan dikeluarkan.
Walaubagaimana, doakan kejayaan kami demi mengharum nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan.
Salam hormat
zelmey yusof
Pengurus
Tema PSI
http://zelmey.blogspot.com
Salam
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek Buku 99 Jelmaan Makhluk Halus Dengan Antropologi Melayu.
Sememangnya buku itu mahal, kos penyiapan sahaja menelan belanja mencecah RM500,000.00 dalam masa 4 tahun.
Sebenarnya permintaan amat memberansangkan dari negara Eropah dan Asia. Versi bahasa enggeris dan lain-lain akan dikeluarkan.
Walaubagaimana, doakan kejayaan kami demi mengharum nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan.
Salam hormat
zelmey yusof
Pengurus
Team PSI
http://zelmey.blogspot.com
Wahhh...
masyukk tuh Nuar.
Rezeki nk jabat tangan Tok Kadi nihhh.
ha.ha.
Tuan Zelmey,
Kualiti isi kandungan, memang saya akui baik. Memang wajar dipasarkan ke luar, tetapi pasaran tempatan turut penting.
Puan Shahriah,
Alhamdulillah...
Harap2 bayaran dah dapat...boleh belanja
Tuan Azli,
Aku selalu belanja bukan?hehe
Kalau boleh dibuat versi ringkas yang tidak terlalu mahal harganya. Agar dapat dibeli juga oleh golongan marhaen macam saya.
Tuan Adnan,
Cadangan akan dipertimbang.
網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ
Catat Ulasan