Semasa bersama-sama Abang menyewa di USJ, cuma ada satu mesin basuh milik Rahmat. Itupun selalu tidak berfungsi. Kalau berfungsi pun, kadang-kadang sedang digunakan oleh Hisham ataupun Syahrul. Kalau tidak berfungsi, baju memang tinggal di dalam mesin dalam keadaan basah. Bau hapak pun menjelma.

Selalu jugalah baju-baju dihantar ke kedai dobi. Biasanya dalam 5 kilogram sebab baju yang disimpan untuk stok seminggu.

Walau bagaimanapun, sejak tinggal di Bandar Tun Hussein Onn, saya sudah memiliki mesin basuh yang tidak (atau belum) wujud masalah mesin rosak atau berebut-rebut untuk membasuh. Sudah lama tidak menghantar baju ke kedai dobi. Rindu juga bau baju wangi yang biasanya hanya baju basuhan kedai dobi memiliki bau itu. Direndam dengan Softlan pun tidak serupa bau dari kedai dobi.

Rasanya tidak lama lagi saya akan mendapat balik bau baju itu kerana Abang akan membuka kedai dobinya sendiri. Sudah dimaklumkan awal-awal, "Aku hendak menghantar tali leher, percuma sudahlah. Aku kan adik." Haha. Kedainya tidak jauh dari rumahnya, di Seksyen 7 Shah Alam, sebelah kedai nasi ayam Linda Onn.

Pembukaannya pada 6 Julai ini. Kalau tidak silap, 7 Julai adalah tarikh perkahwinannya dengan Kak Maz. Sengaja rasanya dipilih tarikh itu sebagai tanda cinta mereka kot. Hoho! Emak dan abah akan datang. Sebagai perasmi rasanya.

Klik blog Abang.

11 komen:

Tanpa Nama berkata...

yehoooo!bermakna bolehler kita seminggu sekali hantar baju2 kotor ke kedai dobi abg shahrul yer?tak perlu lipat baju?sidai kain?saya ok jerrrr!muahahahaha(gelak dgn nada jahat)

Unknown berkata...

Ada makan-makan tak pada pembukaan nanti? Kurang-kurang mesti ado sate Kajang dan Tarian Naga.

S.YanaZ berkata...

Jauhhhnye nak hantar baju,
dari Bfields ke seksyen 7, Shah Alam.

ha.ha.Dekat umah Nash Lefthanded ke?

Unknown berkata...

Fadhilah,
Itu macam ada nada malas sahaja. Nak kena ya?

Puan Ritah,
Entahlah. Nanti saya maklum semula. Datanglah. Jalan-jalan bawa Bulat.

Puan Shahriah,
Jauh perjalanan itu, terasa nikmat apabila baju itu bersih lagi suci!haha.

Tak tahulah pula dekat dengan rumah Nash.

mnr berkata...

Anuar,

Bangga aku melihat org melayu berniaga..

Unknown berkata...

Nadmin,
Abang aku memang suka berniaga. Adik aku pun suka juga. Aku shj belum sampai seru.

Jane Nab berkata...

good luck, abang! jangan caj mahal-mahal, cuci sampai wangi! nanti pelanggan tak lari!

nowadays, dobi, especially kat kolej2, harganya cekik darah. kualitinya hampeh. mentang-mentang cuci baju student2 je kan..

ada jugak kedai dobi, mula2 wangi je cuci, lama2, jangankan softlan, bau sabun pun takde.

Unknown berkata...

Jainab,
Betul itu!Selalu mengharapkan perkhidmatan terbaik daripada mana-mana bisnes. Terutamanya orang Melayu. Kalau mereka bagus, kita perlu sokong mereka! Begitu juga sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

Nuar, awat tak bukak kat SJ je, senang kerja kak ton. Bawak motor baik2, awak tu darah manis....

Unknown berkata...

Kak Zaitun,
Kalau bisnes saya, bukan sahaja di SJ, di mana-mana pun saya buka. Hehe. Semoga Kak Zaitun sembuh seperti sediakala.

Unknown berkata...

Nuar,

Mana boleh bawa Bulat? Nanti dia terkam masuk dalam mesin sebab teruja tengok putarannya. Keluar-keluar Bulat bogel dan togel. HAHAHA ...