Semasa saya belajar di SMABT sehingga ke UIA, kedai gunting mamak atau kedai gunting di bawah pokok menjadi pilihan saya kerana caj perkhidmatannya murah sahaja. Namun selepas beberapa bulan bekerja, saya mula gunting rambut di salun. Mula-mula Iwan yang mengajaknya. Saya suka potong rambut di salun kerana mereka akan mencuci rambut@kepala, kemudian tidak akan meninggalkan seurat rambut di tubuh badan saya ataupun pakaian.

Sejak berpindah ke Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), tidak ada lagi salun yang menjadi pilihan saya kerana lokasi untuk ke salun agak jauh (paling dekat di Jusco Balakong). Di BTHO, ada lebih 3 kedai gunting mamak. Hmmm... Mamak pun mamaklah.

Tanda dagangan (trademark) yang biasa kita lihat di kedai gunting mamak ialah benda yang berputar di hadapan kedai dengan warna yang berjalur-jalur merah, biru dan putih. Benda ini bukan sahaja menjadi tanda dagangan kedai gunting mamak di Malaysia, malah "tiang" ini sudah wujud di Eropah sejak 1361 lagi.

Pada masa itu, tukang gunting rambut juga dikenal dengan pakar bedah. Menjelang tahun 1462, mereka mempunyai kesatuan yang menghimpunkan kesemua tukang gunting @ pakar bedah yang melakukan proses pembuangan darah kotor. Bekam agaknya.

Pembuangan darah kotor dipreskripsikan untuk banyak penyakit seperti untuk demam dan pendarahan dalaman. Sejarahnya, tukang gunting melakukan tugas sedemikian pada 1163 apabila Paus melarang rahib gereja melakukannya.

Dari kisah inilah bermulanya tiang berwarna-warni di kedai-kedai gunting berhampiran rumah kita. Ia adalah simbol perniagaan pembuangan darah kotor kerana pesakit akan menggenggam tongkat atau tiang dengan erat semasa membuang darah supaya urat mereka timbul. Kemudian tukang gunting akan meletakkan lintah pada orang itu dan mengumpulnya di dalam besen.

Kemudian luka selepas membuang darah akan dibalut dengan kain linen. Pembalut kain yang mempunyai kesan darah itu akan digantung di luar kedai sebagai tanda tukang gunting juga adalah pakar bedah. Apabila ditiup angin, kain itu akan berkibar. Lalu tukang gunting mendapat idea untuk mewarnakan sahaja di hadapan kedai dengan lingkaran warna merah dan putih. Yang dilihat pada masa kini ada warna biru. Itu mungkin menggambarkan warna urat yang berwarna agak kebiruan.

Itulah sejarahnya... Mamak di kedai gunting paling ganas pun akan "mematahkan" urat kepala kita. Lalu berbunyilah "prak...prak..."

9 komen:

INSPIRASIHANA berkata...

menariki artikel ni..lain dari yang lain...boleh senaraikan blog akak dalam blog nuar...baru buat..so need to promote sikit...hehe..thanx..
www.inspirasihana.blogspot.com

ZulDeanz berkata...

Yang bestnya kat saloon tu, tukang cuci rambutnya amoi seksi.... he...he...

Unknown berkata...

Kak Hana,
Semoga Kak Hana selalu update. Baru seronok:)

Abang Zul,
Memang best, tapi risau pula kepala dibakar nanti. huhu

Unknown berkata...

Botak kan senang. Banyak yang boleh dijimatkan. Nuar, cubalah buat rambut baru balik Haji. Mesti hensem.

S.YanaZ berkata...

Nuar,
info yg bagus.

Apa2 shj ttg mamak, 'menarik'...
Tmasuk laa teh tarik.

ha.ha.

Unknown berkata...

Kak Ritah,
Saya dah pernah buat. Mak saya kata kurang sesuai, macam pelakon Shaolin Soccer pula.

Kak Shahriah,
Sebab kak Shahriah rindu minum di kedai Hamid ya!ngehe

Unknown berkata...

Nuar, mungkin tak sesuai dulu. Sekarang mungkin sesuai. Cubalah. Belum cuba belum tahu.Mesti cun giler! hahaha

Teringin nak ke Shoalin Temple.

el-Maaniq berkata...

Majoriti yang mengusahakan perniagaan gunting rambut adalah orang India (hindu), bukannya India Muslim (mamak - Islam).

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ