Bob, Mom, Madam: Semua boleh dibaca walaupun dari belakang.

Ia dipanggil palindrom. Perkataan palindrom diambil dari perkataan Yunani yang bermaksud "percubaan untuk lari sekali lagi". Namun dalam bahasa Inggeris bermaksud "perkataan, frasa ataupun ayat yang boleh dibaca dari hadapan ataupun belakang".

Banyak perkataan yang tergolong dalam palindrom. Antaranya mom, tat, peep, boob, kayak, radar, reviver, tattarattat, kinnikinnik, detartrated dan redivider. Ada juga palindrom yang memberikan maksud lain selepas diterbalikkan seperti stressed-desserts atau drawer-reward.

Ada juga palindrom yang boleh jadi ayat yang lengkap seperti, "Go hang a salami! I'm a lasagna hog!" ataupun "A man, a plan, a canal: Panama".

Saya pernah mendengar kawan-kawan perempuan yang bercakap dalam bahasa yang tidak difahami. Memang tidak mahu orang lain mengetahui apa-apa yang mereka borakkan. Contohnya dalam filem Puteri Impian. Amy Mastura "membuat ketupat" dengan Nor Aliah Lee menggunakan bahasa tersendiri. Misalnya, "Safa yafa mafa hufa perfa gifa mafa kanfa." Maksudnya, "Saya mahu pergi makan." Cuma ditambahkan "fa".

Ada juga yang menggunakan singkatan kata sama ada awal perkataan ataupun hujung perkataan. Contohnya, "Sahugikan." Maksudnya sama seperti di atas.

Saya rasa macam menyambung pelajaran pada peringkat sarjana berkenaan bahasa isyarat inilah.

4 komen:

Unknown berkata...

Mamaklumat tumu mamamemang bamagusmuh. Camakapmap mamacamam iminimi semeronokmok. Tamapimi, lemetihmih memenaipmik.

Mengabihkan boraih jo...

Unknown berkata...

Ritah,
Biasanya ucapan sebegitu untuk mengumpat. Mengumpat memang menyusahkan sahaja bukan?

Unknown berkata...

Bukan untuk mengumpat semata-mata. Nak jadikan kod perang pun boleh.

Mengumpat tak menyusahkan. Cari topik, subjek (orang) yang nak diumpatkan, kawan sekepala,atau yang senang dipengaruhi, guna lidah, buka mulut bercakap.

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ