Dua hari bertugas di Kelantan, dua hari bertugas di pejabat; dapat cuti gantian selama empat hari.

Peluang sudah ada, bermula 11-14 Mac saya bercuti, dan pulang ke Johor Bahru. Lagipun sudah dua kali hasrat pulang ke sana dibatalkan, semuanya kerana pilihan raya. Tiba di rumah, buka Oasis, ada cerita Tanggang. Insaf. Emak dan abah, maaf kerana terpaksa menyatakan sebelum ini, "Tidak dapat balik sebab ada banyak kerja."

Lagipun saya mahu balik ke kampung kerana mahu menghilangkan penat. Penat. Orang kata penat berpunca kerana keletihan otak. Orang juga kata, penat mental lagi perit berbanding dengan penat fizikal. Walau apa-apa pun, penat pasti mengundang mengantuk dan tidur. Itu realitinya. 10 Mac, saya asyik tersengguk-sengguk sahaja.

Punca penat: bekerja terlalu lama, tekanan mental, gangguan ritma harian, dan terlalu aktif beriadah. Ada juga penat disebabkan kebosanan, penyakit dan kurang tidur, tetapi ada juga orang yang banyak tidur juga mengalami kepenatan.

Walau bagaimanapun, semasa di rumah dapat juga saya menyiapkan tugasan luar (part time job), mengedit buku 99 Jenis Hantu hasil karya Syed Abdullah Al-Attas (Uncle Seekers). Orang Melayu suka hantu, tetapi takut pula jumpa hantu. Jangan Pandang Belakang adalah bukti orang Melayu suka cerita hantu.

Uncle Seekers pun menulis buku hantu. Jangan tidak percaya Uncle Seekers juga menyelitkan fakta-fakta saintifik dan bukti yang menyatakan sesetengah hantu tidak wujud atau mitos semata-mata. Semasa mengedit, terasa seram juga kerana ada lokasi yang diceritakan dalam buku itu berhampiran dengan pejabat saya, bangunan DBP.

Jangan memandu sekiranya penat dan mengantuk. Khuatir akan berlaku kemalangan. Ada juga cerita, kemalangan berlaku kerana mengelak hantu.

5 komen:

Marliza Radzi berkata...

keletihan otak adalah letih yang paling letih.

Unknown berkata...

Am,
Hilang letih kalau jumpa orang tersayang bukan? hehe

Korakora berkata...

saya kira, dlm banyak2 senarai hantu uncle seekers, dia mungkin tak senaraikan pengundi hantu! :)

Unknown berkata...

Nazmi,
Kaki "pengundi hantu" jejak tanah.

Uncleseekers berkata...

Terima kasih kerana sudimenyunting buku saya fasa pertama.
fasa kedua akan menyusul kemudian
;)
Senyuman isteri & bau badan anak yang menunggu kepulangan kita di depan pintu membuatkan diri terasa "hidup semula"

Lahir sebagai lelaki,
hidup sebagai lelaki,
dan
mati sebagai lelaki.

Salam