Semua orang tahu madu sedap. Semasa di sekolah, emak menggalakkan saya menghirup madu pada setiap hari untuk mencerdaskan otak. Alhamdulillah. Ada kesannya.

Orang perempuan fobia mendengar perkataan madu, tetapi tidak pula memakan madu menyebabkan mereka dimadukan. Yang jelas, madu jugalah yang mengeratkan perhubungan mereka dengan suami kerana makanan itu dapat membangkitkan kekuatan seksual. Ini fakta kerana madu mengandungi mineral boron yang merangsang hormon estrogen, iaitu hormon wanita.

Makan madu tidak menyebabkan diabetis atau kencing manis, tetapi makan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan kaki kita dipotong. Ini fakta juga kerana madu mengandungi:
  • Gula: glukosa dan fruktosa.
  • Mineral: magnesium, kalium, kalsium, klorium natrium, zat besi, sulfur dan fostat.
  • Vitamin: B1, B2, C, B6, B5 dan B3.
  • Zat: kuprum, iodin, zink.
  • Hormon tertentu.
Bagi kawan-kawan yang akan bernikah dan sudah bernikah, istilah "bulan madu" paling digemari bukan? Haha. Istilah ini wujud bermula zaman Babylon lagi. Pada masa itu, bapa pengantin perempuan akan memberikan madu kepada menantunya bagi menyerlahkan "kejantanan" menantunya. Perbuatan ini dilakukan dalam masa sebulan. Jadilah honey moon, mis mĂȘl (bahasa Wales), shahr el 'assal (bahasa Arab), la luna de miel (bahasa Sepanyol), luna di miele (bahasa Itali), dan mah e asal (bahasa Parsi).

Walau bagaimanapun, renungkanlah dalam Surah an-Nahl, ayat 69, “Daripada perut mereka (lebah) ada minuman yang berwarna-warni, yang boleh menyembuhkan manusia...”

0 komen: