Tahun 2007. Semasa satu program di Hotel Hilton, KL Sentral, singgah sebentar di satu gerai pameran, Jabatan Kimia Malaysia. Dapat pamplet menerangkan berkenaan Seksyen Pemeriksaan Dokumen. Di situlah saya mendapat idea menjadikan TULISAN sebagai fokus Dewan Kosmik April 2008.

Semalam saya baru pasang Astro. Haha. Sebab baru pindah rumah. Bukan sebab mahu melihat Akademi Fantasi ataupun bola EUFA sekarang ini, tetapi mahu melihat CSI Supreme Sunday, setiap Ahad. CSI banyak memberikan saya maklumat berkenaan kajian sains bagi mendedahkan bukti jenayah.

Terujanya saya pada fokus ini sehingga mendorong saya menulis dua artikel fokus, "Rahsia di Sebalik Tulisan" dan "Peribadi Melalui Tulisan Tangan". Dua-dua artikel ditulis dalam dua hari berlainan. Puas! Saya mula suka dengan sains sejak terjebak dengan Dewan Kosmik. Dulu minat juga, tetapi dapat B3 dalam SPM. Hehe.

Banyak lagi artikel menarik dalam keluaran April. Antaranya, Sains di Sebalik Mimpi, Putik Kapas Punca Kurang Dengar, Keistimewaan Ciptaan Burung, dan lain-lain.

Terima kasih kepada Mohd Fauzi Hashim kerana banyak memberikan perubahan kepada Dewan Kosmik. Pereka bentuk Dewan Kosmik ini bertukar kerjaya selepas keluaran ini.

Kalau mahu mendapatkan naskhah percuma, datanglah ke tingkat 20 DBP.

4 komen:

Sahalfikri berkata...

zaman kita bukan C3 ke? A1, A2 kemudian C3.. B tiada kan? :)

Unknown berkata...

Suhail,
Aku pun lupa. C3 rasanya kot. hehe

Usratika berkata...

hehehe..kawan aku yg amik IRK pastu menceburkan diri dlm bidang sains..mak aii..best tul..hua hua hua

Unknown berkata...

Malie,
"Saya yang menurut perintah." (Ayat terakhir dalam surat rasmi kerajaan).