Benar bukan? Kita memang mudah mengingat lirik lagu walaupun sudah lama tidak mendengarnya. Apabila kita mendengar sahaja intro lagu itu, sudah tahu judul lagu dan lirik seterusnya.

Semasa konsert Gema Gangsa, petikan gitar Shafiq sebagai intro lagu Suci Dalam Debu sudah membuatkan satu Dewan CAC, UIA bersorak.

Dua sebab menyebabkan lagu mudah diingati. Pertama, sebab lagu itu sendiri. Lagu biasanya disusun dengan banyak irama. Irama yang syahdu diadun dengan perkataan (lirik) yang puitis pasti didengar berulang-ulang oleh pendengarnya. Sudah tentu kita mudah mengingat lagu itu dengan teknik pengulangan.

Kedua, muzik adalah elemen yang berkaitan dengan emosi manusia. Kita sudah tentu menggemari elemen yang menyenangkan kita berbanding dengan elemen yang traumatik atau menyusahkan kita. Kuncinya, kita lebih mengingati muzik kerana menyenangkan emosi kita.

Emosi yang positif, ditambah dengan kiu lagu serta strukturnya yang indah menyebabkan lagu itu mudah kita mengingati liriknya, walaupun sudah bertahun tidak mendengarnya.

Mungkin dengan cara melagukan apa-apa fakta, keupayaan mengingat saya akan meningkat.

5 komen:

Tanpa Nama berkata...

aku suka dengar dan ingat pada sesuatu lagu tp tidak pada lirik dan judul.. hairan kan? Kenapa ya nua?

tau tak lagu Suci Dalam Debu Gema Gangsa ada dalam youtube..
(klik SINI

Tanpa Nama berkata...

la.. dah ada rupanya.. tadi x klik pada perkataan Gema Gangsa.

Unknown berkata...

Suhail,
Aku pun ada lagu yang diminati, tetapi tidak ingat lirik. Kadangkala boleh ingat sedikit sahaja. Alhamdulillah kita masih dapat ingat beberapa ayat Quran dan hadis:)

Tanpa Nama berkata...

saya boleh ingat kebanyakan lagu dan lirik sekali!Kadang-kadang saya pernah merasakan kerjaya wartawan hiburan adalah yg paling sesuai dgn saya since i love music too much!

Unknown berkata...

Fadhilah,
Lagi sesuai awak menjadi pengacara Akademi Al-Quran kot.Berkat dunia dan akhirat.Amin...:)