Majlis ini berlangsung di rumah Fadhilah di Subang Jaya. Terima kasih Kak Maz (kakak ipar) kerana menyediakan lima dulang hantaran yang memang cantik. Terima kasih juga kepada Mas Aini kerana memberikan saya tujuh dulang hantaran yang sama cantik. Gambar-gambar "ditangkap" oleh Abang Hisham. Walaupun lewat menghubunginya, beliau tetap dapat datang menangkap gambar-gambar yang menarik. (Klik gambar untuk paparan lebih besar). Insya-Allah, nikah dan majlis akan diadakan pada bulan Ogos ini.

14 komen:

Puan Ainon Mohd. berkata...

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Tanpa Nama berkata...

Ya Tahniah! Semoga skala kebahagiaan naik secara exponential sampai ke jenjang pelamin :)

Abu Anas Al-Ikram berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abu Anas Al-Ikram berkata...

Fadilah sikit punya lawa. memang tidak sepadan dengan kau lah saudaraku Anuar. Ha.. ha.. (yelah, serius sahaja. senyumlah sikit kawan.) apa pun, aku doakan agar saudara Anuar dan saudari Fadilah berbahagia. Sekali lagi tahniah. Semoga hubungan ini akan diakhiri dengan tautan perkahwinan.

***Sorilah Nuar, tak jadi pula masuk rumah. Sekarang ni aku di UIA. Biasalah... hehe...

Tanpa Nama berkata...

jarang dah dapat baca blog yang malay version...bagus2

Mohd Faizal berkata...

Tahniah..Semoga cepat ke jinjang pelamin :-)

Uncleseekers berkata...

pergh..
dasat
tak jemput pun!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah,

Ingat, pertunangan bukan menghalalkan pertemuan, konon mencari daerah sempadan antara kekurangan dan kelebihan .

Ikatan pertunangan hanya sunnah Nabi mengikat janji atas sepakat peribadi bersaksi di hadapan wali memenuhi kehendak naluri insani

Bentengkan diri dengan iman dekatkan diri dengan Tuhan kerana syaitan telah menyediakan bala tentera beradu-adu, berparangkan nafsu, melagu-lagukan cemburu, meniupkan rindu dendam menghalalkan yang haram

Melaga-lagakan permusuhan,
bila ikatan itu putus,
kata syaitan; Terima kasih Tuhan kerana membenarkan godaan!

http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

wahhhh~~~ snyap2 dh bertunang ye.. congrats, congrats!! kawen cpt2.. hehe~~ ;)

Unknown berkata...

Puan Ainon: Terima kasih.

Tuan Saharil: Insya-Allah dan terima kasih atas doa itu.

Tuan Ikram: Nasib baik anak kau comel!

Tuan Faizal: Terima kasih!

Uncle: Walimah nanti insya-Allah saya jemput uncle.

Ustaz Azman: Saya ingat pesanan ustaz itu.

Puan Fiza: Bertunang senyap-senyap, walimah nanti jom heboh!

Sarah berkata...

Salam,
Tahniah encik editor!

Tanpa Nama berkata...

salam juara, moga berbahagia dunia akhirat, murah rezki, pjg umur

esyam berkata...

Hebat..

Unknown berkata...

Anis Sarah, Zaiful, Esyam;
Terima kasih:)