Kebetulan saya bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah adil dilabelkan minda saya ini mandul? Mungkin saya tidak secerdas Muhammad Iqbal, mungkin tidak sebijak Albert Einstein dan tidak sehebat pemikiran Naquib Al-Attas. Tetapi saya bersyukur kerana minda saya belum mandul sehingga tidak dapat mengeluarkan sebarang idea atau pemikiran.
Sekiranya orang mandul, dapat diubati sehingga mampu memperoleh anak. Kemandulan minda DBP seperti yang didakwa sebenarnya ada cara untuk diubati. Sila baca tulisan Rustam A. Sani yang ada pro dan kontra. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang rasional dalam hal ini.
Adakah ucapan Ahli Parlimen Gerik itu dapat dianggap sebagai fitnah? Ini kerana beliau mengatakan, "Orang-orang DBP mengalami kemandulan minda." Ini yang saya dengar dan lihat di Buletin Utama pada malam 26 November 2007. Di dalam akhbar lain pula kenyataannya.
Jenuh juga dia hendak meminta maaf daripada karyawan DBP yang tidak mandul minda dari tingkat satu sehingga 30. Rasanya dia akan datang seminggu sebelum pilihan raya.

1 komen:
entah..tak patut tul kata orang2 bijak pandai (ilmuan) kat dpb tuh mandul minda!tapi tuh satu cabaran gak kot,if amek dr segi positifnya...
Catat Ulasan