Kita pernah terdengar, "Setiap uban rambut yang tumbuh di kepala emak ini menunjukkan setiap dosa yang anak-anak lakukan."

Kalau begitu, banyak betul dosa yang dilakukan oleh Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zati Akhtar, Gabenor Bank Negara, anak Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz. Kerana rambut Ungku Aziz dan Azah Aziz sudah banyak beruban. Begitu juga dengan Dato' Dr. Firdaus Abdullah, Ketua Pengarah DBP. Mungkin anak-anaknya banyak melakukan dosa sehingga menyebabkan rambut ayah mereka banyak beruban.

Rambut beruban sebenarnya disebabkan kekurangan melanin di dalam folikel rambut. Kekurangan melanin disebabkan faktor peningkatan usia atau sudah tua. Namun sekiranya rambut mula beruban semasa usia muda, ini disebabkan faktor genetik. Mungkin ibu bapa atau datuk nenek dulu pernah beruban semasa usia muda. Bukan salah ibu mengandung.

Cara paling efektif menghilangkan uban: botakkan sahaja kepala.

Saya berpesan kepada diri saya dan saudara saudari supaya sedar bahawa uban rambut itu sebagai tanda panggilan kubur semakin bersahut-sahutan. (Seperti khutbah Jumaat yang klise).

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

habis tu aku? hmm, botak pun pernah.. tp bila diteliti rambut aku perang keputihan la. uban ke?

keluarga semua beruban bila tua je.. musykil ni.

p/s: ko kena 'tagged' oleh aku

Korakora berkata...

tapi mahfuz omar dah berambut putih dr muda lagi! :)

Unknown berkata...

Suhail,
Ada banyak sebab. Mungkin komplikasi ubat atau kau terlalu tertekan. Kau tertekan ke?hehe. Apa kata cuba buat akupunktur?

Nazmi,
Sebab itu dia ada karisma. Kacak pun juga.

Sahalfikri berkata...

Kau tak adil buat andaian aku tertekan. Mengapa tak kau andaikan aku pun berkarisma dan kacak. Sebab aku sudah berambut putih sejak tingkatan 3 (lagi muda daripada Mahfuz Omar)