Semasa saya bertugas di PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab memperoleh manuskrip-manuskrip baharu untuk diterbitkan, saya pernah mencadangkan kepada seorang penulis dari Sarawak untuk menulis buku berkenaan dengan "MENULIS BUKU".

Beliau menyahut cabaran saya itu lantas menulis manuskrip dalam lingkungan 300 muka surat dalam masa kurang tujuh hari! Kemudian saya menyerahkan manuskrip itu kepada PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. untuk diterbitkan dalam kategori pendidikan. Saya kurang pasti sama ada buku itu sudah diterbitkan ataupun ditolak oleh editor bertanggungjawab.

Sesudah membaca rencana Roosfa Hashim di Utusan Malaysia pada hari ini, saya yakin buku itulah yang saya peroleh setahun yang lalu. Agak dukacita dan agak malu kerana ia tidak diterbitkan di PTS. Mungkin editor di PTS ada sebab untuk menolak manuskrip itu. Walau bagaimanapun, Jeniri Amir adalah penulis yang wajar dicontohi di Malaysia. (Sila klik URL Utusan Malaysia di atas bagi membaca sebab-sebabnya).

Meminjam kata-kata Jaafar Rahim, "Knowing berlaku apabila kita membaca, mastering pula sekiranya maklumat daripada pembacaan menjadi ilmu. Tetapi salah satu proses applying berlaku adalah dengan cara menulis."

6 komen:

Tanpa Nama berkata...

Rasanya saya pernah nampak buku tentang menulis oleh Jeniri Amir yang diterbitkan oleh PTS.

# Buat Duit dengan Menulis - Jeniri Amir
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.: 29 April 2005

Unknown berkata...

Itu buku lama dia. Dia ada buku yang masih belum diterbitkan. Rasanya buku yang terbaharu itulah yang diterbitkan oleh penerbit lain.

Zamri Mohamad berkata...

Sebenarnya, Tuan Jeniri menerbitkan sendiri buku beliau.
Self publish pada harga RM 50.00
dan buku itu laris!

Zamri Mohamad berkata...

Selepas membaca buku itu, saya katakan dengan sepenuh hati buku itu SUPERB! Kalau Tuan Jeniri cetak kali kedua, alangkah gembiranya saya jika wajahnya diangkat dengan presentasi baru.

Pengalaman orang lama menulis memang ampuh! Hebat!

(Insya Allah Rahsia Bisnes Mamak akan muncul di PWTC, manuskrip sedang dianyam oleh editorial)

Unknown berkata...

Zamri: Sheikh, enta ada buku itukah? Ana minat membeli buku-buku berkenaan buku terutamanya karya Shaharom TM Sulaiman.

Zamri Mohamad berkata...

Buku ini sudah ada di booth UNIMAS kalau tak silap di Pesta Buku 08