PETER RABBIT adalah watak arnab bersifat manusia yang digambarkan oleh Beatrix Potter melalui bukunya, The Tale of Peter Rabbit pada tahun 1902. Karya ini menjadi sangat terkenal sehingga kini dan ia diangkat sebagai salah satu kisah klasik kanak-kanal yang terulung di United Kingdom.


Pada tahun 1992, Peter Rabbit diadaptasikan dalam bentuk animasi untuk BBC dengan judul The World of Peter Rabbit and Friends, dan sebelum itu ia juga muncul dalam filem balet, The Tales of Beatrix Potter pada tahun 1971.

Pada akhir tahun penerbitannya sahaja, 28,000 naskhah telah dicetak. Menurut rekod (tidak rasmi), karya The Tale of Peter Rabbit telah terjual lebih 45 juta naskhah di seluruh dunia. 


Siri Peter Rabbit ini termasuk yang lain (antaranya The Tale of Benjamin Bunny, The Tale of the Flopsy Bunnies, dan The Tale of Mr. Tod) juga direkodkan telah terjual lebih 151 naskhah dan diterjemahkan kepada 36 bahasa dunia.


Namun dalam kehebatan karya tersebut yang terus kekal malar, tidak banyak orang yang mengetahui Beatrix Potter telah banyak menerima SURAT GAGAL TERBIT daripada beberapa penerbit semasa mula-mula mengusulkan penerbitan manuskrip tersebut. Disebabkan itu, beliau nekad untuk menerbitkannya sendiri dengan cetakan yang terhad.

Beatrix Potter
Selepas melihat cetakan sendiri Beatrix Potter itu, barulah penerbit Frederick Warne mengubah fikiran dan bersetuju untuk menerbitkannya dalam bentuk cetakan berwarna.


.... Kisah Beatrix Potter ini tidak jauh bezanya dengan novel Harry Potter. Penangan Potter agaknya.

0 komen: