Setahun lamanya saya menyewa rumah apartmen yang kini saya sudah milikinya. Maka sudah hampir dua tahun saya menginap di situ.

Jujurnya, saya hanya mengenali rapat jiran di sebelah kiri rumah saya. Saya pernah menghadiri kenduri di rumah jiran di sebelah kanan, tetapi sudah lupa namanya. Jiran yang selang satu rumah sama ada kiri mahupun kanan pun saya tidak kenal.

Namun saya mengenali rapat "apek" di rumah bawah saya, kerana dia rajin berborak apabila terserempak.

Saya dan isteri amat menyedari keperluan berbaik-baik dengan jiran. Lebih-lebih lagi dalam Surah an-Nisa ayat 36 pun menyarankan kita berbuat baik dengan jiran tetangga. Malah kami sangat menyedari kelebihan hidup berjiran.

Cuma terus terang saya katakan, jiran tempat saya tinggal kini tidak seperti jiran di rumah ibu bapa atau mentua saya. Yang paling saya tidak boleh lupakan rasa terkilan apabila seorang jiran saya menolak pemberian buah manggis yang dipesan khas oleh ibu saya untuk diberikan kepadanya. "Saya tak makan buah manggis," katanya.

Saya selalu sahaja bertegur sapa apabila terserempak dengan mereka, malah saya turut menyertai mesyuarat persatuan penduduk. Kadangkala isteri memberikan juadah makanan kepada jiran walaupun yang dibeli daripada gerai.

Yang paling menarik, kami lebih akrab dengan "Bibik Indon" mereka. Kebetulan "tempat pengering baju" rumah saya ini letaknya di bilik khas di hadapan rumah. Maka setiap kali saya dan isteri membasuh atau menyidai baju, akan ada bibik mereka datang berborak itu dan ini. Juadah makanan yang diberikan kepada kami pun disampaikan melalui bibik mereka. Bayangkanlah...

Hendak salahkan mereka 100 peratus pun tidak wajar kerana kita semuanya bekerjaya, yang keluar pagi balik petang. Adakala sampai malam (bak kata Ramli Sarip dalam Nyanyian Serambi). Waktu malam memanglah tidak akan keluar rumah. Hujung minggu pula semuanya dengan urusan masing-masing. Saya dan isteri pula selalu ke rumah mentua pada hujung minggu.

Kami sedar sekiranya mahu mempunyai jiran yang baik, terlebih dahulu kami sendiri yang perlu menjadi baik. Saya insaf hal ini dan isteri pun mengerti realiti ini. Saya percaya hubungan kejiranan ini akan dilimpahkan keberkatan oleh Allah. Semoga kami dijauhi daripada segala keburukan...

11 komen:

Nida Shaari berkata...

huk huk huk.. saya pun TIPIKAL jiran di KL..

Jiran sebelah yg bertukar-tukar juadah pada Ramadhan lepas saya cuma tahu nama singkatannya saja. Nama suaminya pun saya tak tahu.

Jiran cina depan rumah, selalu juga lah bertegur sapa, tp ya saya masih tak tahu namanya.

dan dalam 8 buah rumah di situ cuma 2 jiran yg bertegur sapa itu pun sekadar cuma...

uwaaaaa... macam mana lah kan??

eiffa akmal berkata...

itulah adat berjiran di bandar.tegur sapa memang kurang.tambahan pula bila kawasan perumahan itu semakin elit.dila selaluu cerita pasal bibik tu..heheh..lawak2..

Unknown berkata...

Cik Hanida,
Rasanya fenomena ini sudah menular dalam kalangan semua orang yang bekerjaya. Siapa yang patut dipersalahkan ya? Entahlah...

Cik Eiffa,
Maka mungkin kita sendiri perlu berusaha mengurangkan sikap sedemikian. Fadhilah sekarang kawan baik dengan bibik itu! haha

Tanpa Nama berkata...

memang membuat baik dengan jiran adalah amat dipuji. tapi saya sangat terkejut dengan jiran yang menolak pemberian buah dari kamu. kalau tak nak pun, ambillah dulu buat pemanis mulut.

pada pendapat saya, sekarang ini semangat kejiranan telah hampir pudar terutamanya bagi sesetengah kawasan. pada mereka buat apa kena berbaik-baik. aku hal aku dan kau dgn hal kau. tutup buku.

cuma apa yang ditakutkan bila ada masalah ke depan nanti. barulah menonong mencari pertolongan jiran.

muqayankabut berkata...

Saya menegur jiran hanya di masjid atau surau. Jika jiran tidak ke masjid sukar kita hendak mencari masa untuk bertemu ramah.

Ya, sekarang sememangnya masa sukar untuk bertemu jiran tetangga. Bosan

mnr berkata...

keluar rumah, pagi-pagi..sampai semula rumah, dah malam...bila mau bertemu ya?...masyarakat semakin sibuk dgn kerja..

Cikgu Zam berkata...

Nikmatnye kalau hidup berjiran di bandar sama macam di kampung. Apepun, tuan sungguh berperi budi

Unknown berkata...

Tuan I am visitor,
Mula-mula saya pun berpendapat sedemikian, tapi sampai bila kita mahu "kau kau-aku aku".

Tuan Muqay,
Ya betul. Masjid/surau tempat terbaik untuk bertemu jiran yang "jauh-jauh".

Tuan Nadmin,
Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Cikgu Zam,
Semoga jiran kita tidak membebani kita, dan semoga kita menyenangkan jiran.

Deraksi berkata...

Rrasanya dalam konsep kejiranan ni, yang muda perlu bertindak dulu.. rajin-rajin menegur sapa dan bersedekah senyuman..

Bersyukur sangat kerana menyewa di Kampung Baru. Walaupun sesak, tapi hubungan dengan jiran tetangga dan tuan rumah amat erat.

Alhamdullillah, nikmat persaudaraan sentiasa menyenangkan..

Ticer Syah berkata...

Jiran di tempat saya sangat2 meriah..hehee..kalau time bulan puasa..banyak benor makanan dan kena pulak membuat makanan banyak2 sebab nak membalas pinggan mereka..ekekkeke..

meh le pindah sini.. cuma kat sini shoping centre takde le semeriah KL tuu..ekekkek

Unknown berkata...

Cik Shida,
Shida mampulah tinggal di tengah-tengah bandar KL. Kami tidaklah seperti Shida. Huhu.

Cikgu Syahidah,
Eh di sana ada cawangan ITNM tak? Mahu juga pindah ke sana. :)