Sejak awal Ramadan, saya dan keluarga isteri "berkampung" di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Alhamdulillah pak mentua saya selamat menjalani pembedahan pintasan jantung, dan kini berada di Unit Rawatan Rapi Jantung (CICU) PPUM.

Hampir semua kafeteria sudah saya rasai makanan yang dijual, dan hampir semua kiosk saya masuk untuk membeli barangan keperluan serta kehendak.Di hospital, selain kafeteria dan kedai runcit, akan ada juga kedai bunga dan kedai buah-buahan.

Biasanya apabila menziarahi orang sakit, kita akan membawa bunga atau buah-buahan. Namun tidak semua pesakit boleh memakan buah semasa dalam pengawasan doktor, dan tidak semua pesakit suka bunga (mungkin alahan).

Cuma satu buah tangan yang tidak menjadi masalah jika diberikan kepada pesakit, iaitu bahan bacaan. Kalau pesakit beragama Islam, biasanya akan ada Quran (tafsir) ataupun Yasin berhampiran dengannya. Bagi yang lain, paling tidak pun akan ada majalah di samping mereka. Jangan sesekali bawa Yasin yang disisipkan di dalam kocek baju semasa menziarah pesakit yang tidak tenat/nazak!

Semasa menunggu giliran lebih sejam untuk mendapatkan ubat di farmasi PPUM, di hadapannya ada Kedai Syidah yang banyak menjual majalah dan buku. Daripada pemerhatian saya, setiap tiga orang akan membayar majalah ataupun buku, mungkin untuk bacaan dirinya sendiri ataupun untuk pesakit di dalam wad.

Memang ada kajian yang membuktikan membaca mampu menenteramkan jiwa pesakit dan mengurangkan stres mereka yang menziarah pesakit. Malah terdapat penyelidikan yang mendapati membaca merupakan antara terapi mujarab untuk menyembuhkan penyakit.

Tetapi kami cuma memberikan tafsir Quran kepada pak mentua. Kami tidak memberikan Harakah, Berita Harian mahupun Utusan Malaysia kepada pak mentua kerana dia biasanya akan "terikut-ikut" dengan apa yang dibacanya. Risau kalau beliau marah, denyutan jantungnya akan berdetak dengan lebih kencang.

4 komen:

Ticer Syah berkata...

masa saya dimasukkan wad sbb tekanan darah tinggi terlampau masa pregnantkan adam, saya bawak skali 3 magazines dan juga novel2.. dan bila tengah malam, magazines mesti hilang, dipinjam oleh geng misi..hehehe. ingatkan ada antu pnjam..kuikuikui..

kt hospital mmg sangat sesuai nak menyemai tabiat membaca.. nak tengok tv pon kadang citer tak baper best.. so membaca je la.. kita boleh pilih apa yang nak kita baca.

Unknown berkata...

Cikgu Syahidah,
Di wad pak mentua saya, ada diadakan majlis bacaan Yasin, kerana ada seorang pesakit ternampak "tut"! Kalau hilang majalah, baguslah. Sekurang-kurangnya banyak orang ada semangat membaca.

Tanpa Nama berkata...

tengah baca novel 'diari sorang jururawat' teww.. volleee kannns

Unknown berkata...

Yginsaf,
Eh siapa penulis dan penerbit novel itu?