Di dalam Suara Keadilan keluaran 6-13 Okt 2009, menyatakan, "... ITNM yang ditugaskan untuk melakukan terjemahan ini. Malangnya, institut ini tidak produktif, selain menghabiskan sejumlah besar dana awam." Penulisnya kini berada jauh di Amerika Syarikat.

Kritiknya lagi, "... sejumlah besar dana yang dibelanjakan ITNM dihabiskan untuk pentadbiran dan kakitangan awam, bukan penulis dan karyawan."

Di byline, M. Bakri Musa seorang pakar bedah yang menetap di Silicon Valley, California, jelas tidak mengikuti perkembangan ITNM. DBP pun teruk dikritiknya melalui "lidah" akhbar parti politik. Malah setiap kritikannya itu jelas memaparkan kebebalan dirinya sendiri, kerana tidak mengikuti secara rapat perkembangan industri penerbitan buku di Malaysia. Judul artikelnya, "Apabila intelektual turun, si bebal naik".

Setahun lalu, buku ITNM hampir langsung tiada di mana-mana kedai buku utama. Namun kini sila ke MPH, Kinokuniya, dan beberapa kedai buku, pasti akan didapati buku terbitan ITNM.

Malah di MPH, ITNM mempunyai rak khas yang tertera label "Institut Terjemahan Negara Malaysia". Terkini, buku terbitan ITNM mendapat windows display di pintu masuk utama MPH Mid Valley tanpa membayar walau sesen pun.

Buku Menakhoda Zaman menjadi windows display di pintu masuk utama MPH Mid Valley.

Rak khas buku Menakhoda Zaman di semua kedai buku MPH dan kedai buku terpilih.

Rak khas ini diletakkan khusus di tepi kaunter bayaran kedai buku MPH. Malah di belakang kaunter terdapat banner khas untuk buku ini.

Jelas ITNM sebagai GLC menginsafi tidak akan mensia-siakan wang cukai rakyat 1 Malaysia walaupun tidak mendapat dana yang besar daripada kerajaan. Semua inisiatif yang dilakukan adalah untuk bersama-sama penerbit lain membangunkan industri penerbitan buku di Malaysia.

5 komen:

Cikgu Ibrahim berkata...

Penulis yang mengkritik itu sebenarnya yang bebal. Sebab apa, kalau kita ke koperasi universiti pun, ada juga rak khas buku Institut Terjemahan Negara. Saya paling banyak mengikuti buku ITNM dan suka membelinya. Kalau dah pembangkang, memang pembangkanglah kerjanya.

Adliff berkata...

Anuar,

Rasanya penulis itu tidak sedar apa yang dikritiknya ketinggalan masa. Dulu memang benar, payah untuk menemui buku-buku terjemahan ITNM.
Namun bermula tahun ini, saya sentiasa menunggu terjemahan baru. (saya pergi kedai buku besar purata 3 kali sebulan!)

Unknown berkata...

Cikgu Ibrahim,
Dia belum lagi bebal, cuma memaparkan kebebalannya sahaja. Kerana itulah sebaiknya berhati-hati apabila cuba menegur/mengkritik orang lain. Bahaya kalau silap fakta.

Tuan Aliff,
Kalau ada 100 orang seperti tuan, rahmat sungguh industri penerbitan buku di Malaysia:)

Deraksi berkata...

Hanya jauhari mengenal manikam.

Penulis cuma 'Johari' yang tak berapa kenal 'Maniam' tapi sombong pula mengkritik tanpa usul periksa... bukan pandai tapi 'memandai-mandai'.

Unknown berkata...

Cik Shida,
Adakalanya kritikannya itu membuatkan kita sedar bahawa banyak kerja lagi yang belum dilaksanakan.