Sambungan daripada artikel ini.

Memang Google lebih maju ke hadapan dalam bidang penterjemahan mesin berbanding dengan aplikasi laman web lain. Selain Google Translate yang berupaya menterjemahkan satu rangkap ayat ataupun satu laman web, Google juga menawarkan perkhidmatan menterjemahkan satu dokumen dengan cara upload file sama ada HTML (.html), Word (.doc), OpenOffice (.odt), text (.txt), RTF (.rtf), artikel Wikipedia dan Knol.

Saya memperoleh maklumat ini semasa Prof. Anthony Pym dari Universitat Rovira I Virgili, Terragona, Sepanyol membentangkan kertas kerja "On Empiricism and Bad Philosophy in Translation Studies" di Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-12 baru-baru ini.

Prof. Anthony Pym

Google Translator Toolkit dicipta bagi membantu penggunanya menterjemahkan lebih banyak dokumen, laman web, artikel Wikipedia dan artikel Knol.

Sekiranya kita adalah penterjemah, kita hanya perlu memuat naik satu file dokumen atau URL. Kemudian Google Translator Toolkit akan menterjemahkan secara automatik dokumen/laman web itu. Menariknya, kita boleh menyunting setiap artikel yang telah diterjemahkan itu. Malah orang lain yang dijemput khas turut boleh sama-sama melihat atau menyunting artikel tersebut.


Dengan cara sebegini, walaupun sistem ini menggunakan sepenuhnya penterjemahan mesin, ia masih tetap bergantung pada manusia untuk memperelokkan laras bahasa yang diterjemahkan.


Bukan itu sahaja. Selepas siap diterjemahkan, kita boleh memuat turun dokumen tersebut. Manakala sekiranya kita menterjemah artikel daripada Wikipedia atau Knol, kita boleh terus publish ke kedua-dua laman web itu.

Lanjut boleh dipelajari melalui video ini:


Cuma malangnya belum ada lagi terjemahan ke bahasa Melayu. Rupa-rupanya bahasa negara jiran kita seperti bahasa Indonesia, bahasa Vietnam, dan bahasa Thai lebih dipandang oleh orang Barat. Ataupun mungkin juga mereka keliru antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia.

3 komen:

Mohd Faizal berkata...

Salam..menjadi tugas kita (dan seluruh pencinta bahasa Melayu)untuk memperkenalkan bahasa & bangsa Melayu Malaysia di alam maya dengan cara memperbanyakkan tulisan-tulisan berbahasa Melayu di internet. Terutamanya yang menarik minat 'googlebot' (software untuk di'link'an ke Google ) itu sendiri iaitu terma sains dan teknologi.

Terbaru di dalam Scientifc American keluaran September (m/s 18) penulis sains yang berpangkalan di Jerman, menulis 'The Melayu of Indonesia' dalam artikelnya bukan 'The Malay' seperti kita temui sebelum ini. Namun sekiranya merujuk kepada Melayu Malaysia, mereka akan menulis 'Malay'.

Sekadar contoh & pendapat

Faizal

Pok Li berkata...

Pasang google translate di blog saya untuk memudahkan mereka yang tersesat.

Unknown berkata...

Tuan Faizal,
Tahniah atas tersiarnya artikel di dalam Estidotmy lagi. Sememangnya artikel saudara sarat dengan kajian dan hasil penyelidikan. Teruskan berbahasa Melayu dalam artikel saudara.

Pok Li,
Sangat bagus usaha tuan itu.