Restoran Sundanese, KLCC

23 Ogos.


1. Hari lahir isteri saya yang ke-27.
2. Genap setahun majlis walimah di pihak saya, di Johor Bahru.

17 Ogos lalu merupakan setahun usia perkahwinan kami. Saya sekadar sempat meraikannya dengan menikmati makanan Sunda di KLCC sehari sebelumnya kerana pada tarikh tersebut perlu ke Pulau Pinang bagi mengikuti Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-12.

Saya mengenali beliau di Pusat Matrikulasi UIAM (tahun 2000), semasa sama-sama menyertai PKPIM, secara spesifiknya ketika sibuk dengan pilihanraya kampus.

Pada masa itu, beliau antara "sister" yang berani bersuara. Ada satu slot wacana diadakan dengan menampilkan Nurul Izzah Anwar sebagai tetamu. Beliau merupakan orang pertama yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah, dengan soalan yang "dewasa". Lantas terus saya memberikan pesanan kertas kepada Dino (pengarah pilihanraya PKPIM) untuk "tackle" dia menyertai grup think tank.

Secara terbuka, saya tertarik kepadanya kerana dia mempunyai idea dan fikiran yang kritis, tidak klise. Sebenarnya saya sudah banyak bertemu/berkawan dengan "sister" lain, tetapi cara berbicara isteri saya ini senantiasa "segar" sehinggalah kini. Kalau dia diam, itu adalah tanda dia stres, sakit ataupun mengantuk. Kalau dia berkeadaan baik, coletehnya membuatkan semua orang lain berfikir dan seronok.

Selepas berkahwin dengannya, barulah saya tahu ini semua adalah hasil didikan bapanya yang mengajar beliau supaya berfikir di sebalik setiap keadaan, selain banyak membaca segala material. Baba memang lain bacaan fikirannya. Kalau saya ada masalah kebuntuan idea untuk menulis, beliau menjadi tempat rujuk yang paling baik, lebih-lebih lagi dalam hal politik semasa.

Hari ini saya tidak dapat menyambut ulang tahun isteri saya. Bukan sebab kerana puasa, tetapi berlaku keadaan yang tidak mengizinkan yang perlu diberikan keutamaan. Akan saya ceritakan situasi yang kini berlaku dalam artikel akan datang.

Doakan kebahagian dan keberkatan hidup kami sekeluarga ya.

16 komen:

mariahsj berkata...

Salam,
Selamat hari lahir buat isteri dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan. Apa-apapun, hadapilah segala yang berlaku dengan berlapang dada.

FirJah berkata...

sanah helwah ila zaujuka.. dan
selamat ulangtahun yang pertama...
semoga berbahagia selamanya..

.: mama cute :. berkata...

hepi bday bini anuar...eeeheheh... sambut jgn tak sambut...

aliff muhammad berkata...

Salam,
Anuar,

Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama.
Kepada isteri, selamat menyambut hari lahir jugalah.

Saya baru saja menyambut hari lahir minggu lepas...

madulebah berkata...

Selamat hari lahir Fadhilah.

Haritu jumpa tergesa-gesa. Tak sempat nak beramah mesra dan berceloteh panjang, kan.

Anuar Manshor berkata...

Kak Zaiton,
Terima kasih Kak Ton.

Puan Firjah,
Syukran ya ukhti:)

Cikgu Syahidah,
Akan disambut, tetapi lewat sedikitlah agaknya.

Tuan Alif,
Katanya orang yang lahir bulan 8 ini mempunyai karisma diri yang tinggi. Betulkah?

Cik Hanida,
Maknanya perlu jumpa lagi dan membelanja kami! haha.

muqay berkata...

Salaam Bro Anuar,

Happy birthday buat Isteri Tuan, semoga tuan bersama isteri mendapat keberkatan dan rahmat sentiasa.

mungkin betul insan yang lahir ini tinggi karisma.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Muqay,
Semoga doa saudara dimakbulkan Tuhan. Terima kasih.

As berkata...

selamat hari lahir
moga diberikan segala yang terbaik dariNya
ameen

Anuar Manshor berkata...

Cik As,
Syukran.

Nurkhadijah berkata...

ooo barulah tau camna korg berdua ni blh sangkut..hehe..ingat lg masa tu pertemuan dgn nurul izzah kat ... apa ke nama bangunan usang tuh? hehe lupa pulak..

fadhilah mmg seorg yg beridea kritis. di luar kotak. nak pujuk dia sertai PKPIM dulu pun bkn main susah sbnrnya.. hmm.. dari situlah byk kenangan manis antara sy dan fadhilah!huhu..pernah pergi ke rmh fadhilah juga sekali saja dpt berbual dgn ayahnya.. nmpk sgt tenang dan cool..tapi, membara di dada!

Semoga diredhai dan diberkati pasangan ini dan mendpt penyambung zuriat yg soleh dan solehah akan dtg..

Anuar Manshor berkata...

Kak Da,
Ada kisah lain lagi, tapi terlalu peribadi. haha. Semoga doa Kak Da dimakbulkan Allah:)

Marliza Radzi berkata...

saya doakan kalian bahagia hingga syurga :)

happy belated birthday, fadhilah!

Anuar Manshor berkata...

Puan Am,
Terima kasih:)

eiffa akmal berkata...

dia seorang yg amat naive sebelum berkahwin. tapi maaflah nuar, sejak saya jadi officemate dia, saya telah byk "memesong"kan kenaifannya..tambahan pula lepas kahwin...hilang sudah kenaifannya itu yg menjadi usikan rakan sekerja..for the 1st anniversary, dia ada buat surprise (tak berapa jadi) mcm harijadi awk tak?hehhe...terguling2 gelak mendengar cerita dia..semoga berkekalan ke akhir hayat..amin..

cik nurkhadijah:: tak silap saya SMWP nama bangunan tu..hehehe

Fadhilah berkata...

terima kasih semua for the besday' wish!huhuhu,terharu...