Saya salin semula "status" di facebook saya semalam:

Semalam, saya berbuka di kedai mamak. Pesan tomyam untuk dua orang makan dan telur dadar untuk dua orang makan. Mamak itu menghidangkan dua mangkuk tomyam dan dua piring telur dadar. Saya tersalah beri arahan atau mamak itu tersalah faham?

Komen yang diperoleh:

Nazri M. Annuar: bercakap dengan mamak, kau kena lupakan logik. "maggi goreng telur atas", "kira sekali ka asing-asing", mwahaha

Shazni Shahruddin: instruction not specific kot... suggest u try this : 'pakcik mamak, tolong sediakan satu mangkuk tomyam dan satu piring telur dadar yg sesuai dimakan utk 2 orang' .. it's either that...atau sememangnya 'portion' makanan kat kedia tu mcm tu....

Iskandar Syah Ismail: Itu belum lagi pesanteh ais dapat milo ais.Warna sama encik!

Ummuhani Abu Hassan: kalau yang makan itu suami isteri mungkin mamak salah faham, tapi kalau dua orang itu adalah kawan2, saya rasa mamak tu faham berbeza sikit. tambah kalau sama2 lelaki, sebab kita jarang 'berkongsi' pinggan di kedai makan.

Muhamad Bin Ali: dua-duapun salah. dah tahu ke kedai mamak, kasi worder macam kedai siam!. Guna skrip ini utk worder kedai mamak:
"mamak, tomyam satu, tulur dadar satu, mangkok kalu kasi dua"

Shazni Shahruddin: hahahaha..oh ada style2 'worder' lah pulak....mantap..mantap...

Norziati M Rosman: Kalau jenis mamak lurus bendul, memang pesanannya sampai begitu. Kena ubah ayat rasanya : tomyam dua orang makan satu mangkuk, telur dadar untuk dua orang makan satu pinggan je...hehe

Norziati M Rosman: Tapi biasanya kami minta pelayan ulang semula pesanan. Biarlah nampak macam demand, asalkan tak sakit hati

Azlinda Mahari: hehe.. tu ler.. sape suwoh p kedai mamak.. moral of d story, masak la sdri juadah bbuka anda.. air tgn sdri, lbh baik...

Shelyza Sulaiman: awk duk mana muar

Shazni Shahruddin: yes yes...saya sungguh setuju...masak sendiri lagi baguih! Pi soroh fadhillah masak sedap2 sikit petang ni agar terubat confusion semalam...huhu

Faizah Yussof: hahhaha cube tengok sitcom alamak di astro Ria,ade kene mengene dgn kes mamak nih,hehee

Zamani Mk: kena ulang 3x baru dia paham...

Khadijah Gani: hahaha.. betul betul..kena ada stail wonder tuh.. klu dia tak faham2 lenkali ckp je, "mamak, ini mcm.. mamak punya kapla kasi atas taruk!'..mesti mamak tu tersenyum gembira...hehehe

Mohd Akhmal Mohd Noor: status mamak yang dicurigai

Shahrom Haji Hassan: erm...nasib baik bkn 3...kalo x dh bole panggil trinity or trisakti hehe

Wasunni Al-Kelantani: teringin betul nak makan nasi putih berlaukan ayam goreng dan kuah kari campur di kedai mamak, lepastu letak sayur skit..haha

Kang Razzi Armansur: Manalah dia nak faham Nuar... Pure Indian dari Karala. Pernah menggunakan isyarat untuk "Teh kurang panas..."

Hampir semua komen menyatakan perlunya kita sebagai pelanggan menerangkan dengan lebih lanjut maksud permintaan pesanan makanan itu.

Menariknya, walaupun "mamak" yang bertugas itu baru semalam, minggu lepas, ataupun sebulan tiba di Malaysia, mereka terus ditugaskan bekerja di front desk premis perniagaan.
  1. Mereka ada keyakinan (tanpa malu) "berkomunikasi" walaupun langsung tidak mahir berbahasa Melayu mahupun Inggeris.
  2. Tiada latihan khusus diberikan kepada mereka. Mungkin prinsip pemilik kedai mengandaikan latihan terbaik adalah praktikal langsung di hadapan pelanggan.

Saya merasakan natijahnya ada baiknya. Rata-rata pelayan (Bangla, Nepal atau India), sama ada di restoran ataupun di stesen minyak, sangat mahir bertutur berbahasa Melayu. Apabila ditanya, "Sudah berapa lama di Malaysia?" Saya sangat yakin jawapan mereka, kurang setahun ataupun dua tahun.

Ironinya, ada pemegang kad pengenalan biru langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Semasa di Pulau Pinang baru-baru ini, saya sempat berbual dengan warga Iran yang mengikuti pengajian sarjana di UM. Dia merungut kerana banyak kertas kerja dibentangkan dalam BM walaupun persidangan tersebut bertaraf antarabangsa. Beliau sudah setahun di Malaysia, tetapi langsung tidak boleh berbahasa Melayu.

Rupa-rupanya penasihat pengajian beliau (penganut Sikh) adalah pendukung PPSMI. Beliau lantang menentang pemansuhan BI dalam pembelajaran sains dan matematik semasa memberikan soalan dalam satu sidang parallel. Dalam hati saya, "Ruginya orang Iran ini!"

14 komen:

madulebah berkata...

Kebanyakan orang Iran memang tak boleh (atau tak mahu) berkomunikasi dalam bahasa lain selain dari bahasa mereka sendiri. Jiran-jiran saya contohnya. Bahasa Inggeris mudah pun tak faham. Walaupun sudah lama di sini.

Tapi kepada yang mahu, tetapi tidak berpeluang, memang sangat kasihan.

Baru-baru ni saya pergi satu rumah contoh di Semenyih. 'Jaga' di rumah tu seorang Pakistan warga negara Britain yang baru 3 bulan menuntut di UPM. Bahasa Melayu yang digunakannya agak baik walaupun pelat Inggeris nya kuat.

Katanya, Bahasa Melayu sangat mudah asalkan rajin belajar dan setiap malam dia akan baca buku bahasa melayu untuk memperkasakan perbendaharaan kata.

(eerrr panjangnya komen saya)

muqay berkata...

Tuan Anuar,

Saya nak tanya sedap ker tomyam kedai mamak ni, setahu saya kedai mamak ni tak sedap masak masakan melayu.

Peminat tomyam tetapi tidak di kedai mamak nanti jadi sayur air jer.

maaf tuan, panjang pulak.

Khamimi berkata...

salam..anuar...tak tau pun dah kawen...
tahniah...

owh..dah keje kat itnm...nanti leh jumpa selalu...aritu tak sempat gi tgk kopitiam ghadir tu...

elmaaniq berkata...

Cara Mamak berfikir - Tak kira berapa orang akan makan, tetapi satu pinggan atau mangkuk mewakili satu kuantiti.

Contoh - satu mangkuk tom yam dua orang makan (bagaimana tukang kira mahu kira?) Yang masak orang lain, yang kira orang lain. Jaga kaunter orang lain.

Jadi, tak timbul keraguan (yang boleh merugikan mereka). satu mangkuk atau pinggan mewakili satu kuantiti!

kerana itu, ada sesetengah tempat, kalau mahu order roti canai dua kepaing walau yang order datang sorang2, pekerja restoren akan berikan dua pinggan.

selain memahami bahasa (yang sememangnya mengundang masalah), yang penting adalah sistem.

perbandingan - cuba bandingkan dua tomyam dalam dua mangkuk (seperti yang dapat) dengan dua tomyam dalam satu mangkuk (seperti yang diminta), yang mana satu lebih banyak kuah dan isinya? sedangkan harganya sama, kan?

hans berkata...

mamak memang macam tu
kitaorang kalau makan suka sakat mamak nih sampai dia pening
hahaha

fusarium solani berkata...

Salam,
Anuar,

Kesian anda dan isteri, terpaksa menghabiskan dua mangkuk tom yam. Memang selalu terjadi masalah salah faham kerana mamak 'fresh', baru tiba ke pasaran kerja di Malaysia.

Saya sudah lama tidak ke kedai mamak.
Was-was dengan tahap halal, kebersihan dan harga yang kadang-kadang 'ooooooh mahalnya'.

Sudahnya memasak sendiri lebih baik Anuar. Rajin-rajinlah awak membantu Fadilah memasak ya.

.: mama cute :. berkata...

kalo p sg petani pon, mamak2 dia memang pening kalo mau berbicara.. bla tanya baper lama mai sini.. dia kata..baru 2 minggu saja..pergh..tp dah bleh paham bm.. orang kita ni dok kat malaysia lama dah..tp bahasa cina and india still tak bleh paham.. hohoho... bi tk paham, bhs india pon tak paham... bahasa cina lagi la.. (cuma paham bab carut dengan cepat..hahaha)

Cikgu Ibrahim berkata...

Lain kali kalau makan tomyam pergi ke Pantai Dalam kat tepi jalan tu sedap, boleh aku join sekali sebab pejabat aku tak jauh dah dari tempat tu.. heheheh

kalau kita order

Saya : Kasi teh tarik satu

Mamak : Teh tarik "onne"

Anuar Manshor berkata...

Cik Hanida,
Ooo maknanya yang memberikan juadah makanan itu orang Iran ya? haha.

Tuan Muqay,
Saya terlewat iftar pada masa itu. Memang maklum tomyam di situ tidak sedap, tetapi mentua kepingin mahu merasai tomyam.

Tuan Khamimi,
Dah setahun lamanya berkahwin. Kalau datang ITNM, maklumkan ya.

Tuan Faisal,
Kalau bab "mamak", memang itu kepakaran tuan. Ada benarnya pendapat tuan itu. Tapi kata pelayan mamak itu, "Tidak ada mangkuk besar." Entahlah.

Tuan Hans,
Walaupun dia pening, mamak itu tetap tersenyum, kan!

Tuan Fusarium,
Ada sesetengah kedai makan mamak yang sangat bersih, malah lebih bersih daripada restoran orang Melayu. Bukan tidak mahu memasak, tetapi berlaku keadaan yang menyebabkan kami sejak bermula Ramadan beriftar di luar. Akan diceritakan nanti.

Cikgu Syahidah,
Nenek saya Cina, tetapi saya langsung tidak boleh berbahasa Cina. Jawapannya kerana saya tidak didedahkan sepenuhnya dengan bahasa itu, walaupun pernah bersekolah dengan orang Cina. Tapi saya boleh berbahasa Arab! haha.

Tuan Haji Ibrahim,
Boleh belanja aku di ayam golek kan!

Pok Li berkata...

lama dah tak makan di kedai mamak.

madulebah berkata...

Jiran kan di kira 40 buah rumah di sekeliling kita.

Hiks..

Tapi jiran yang memberi bihun itu Melayu.

Marliza Radzi berkata...

saya pernah minta sos tomato di kedai mamak, dia hantar sebiji tomato dalam piring.

saya kata, "SOS TOMATO. BUKAN TOMATO." kemudian dia hantar tomato yang sama, tapi da dipotong 4.

kemudian saya dan kawan saya gelak besar dan jerit, "SOS!!!" kemudian mamak kata, "OH COS"

COS rupanya sebutannya. my mistake. kah kah.

Anuar Manshor berkata...

Pok Li,
Kalau mahu memakan makanan ringan (capati), maka di kedai mamaklah yang ada pada tengah malam.

Cik Hanida,
Asam laksa di MidValley sedap kan!

Puan Am,
Itulah hiburan di kedai mamak! haha.

littlemonsters berkata...

Warghh rindunya pada semua...Kak Long janji nak belanja K Ina...nanti balik K Ina tuntut tapi anak K Ina dah ramai lah...kopak K Long