Gambar di atas berlangsung pada 18 Mei 2008, di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, yang menyaksikan empat Sasterawan Negara dan hampir semua pemenang S.E.A. Write Award duduk berbincang dengan pengurusan ITNM untuk menterjemahkan karya mereka ke bahasa asing.

Genap setahun kemudian, iaitu pada 19 Mei 2009 ini jam 2.15 petang, di Hotel Shangri-La Putrajaya, melakar satu lagi sejarah kerana mereka berhimpun sekali lagi untuk duduk berbincang bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkenaan masa hadapan sastera Malaysia.

Bukan itu sahaja, selepas setahun berbincang dan berusaha mendapatkan hak cipta karya mereka, sebahagian karya mereka sudah diterjemahkan dan diterbitkan. Tan Sri Muhyiddin akan melancarkan buku-buku mereka sebelum meneroka ke pasaran dunia.

Saya pernah menulis di sini menyatakan buku penulis Jepun memperoleh Hadiah Nobel selepas diterjemahkan. Maka tidak mustahil terdapat salah satu buku sastera terjemahan ITNM ini akan dinilai oleh panel penilai Hadiah Nobel kategori sastera suatu hari nanti.

3 komen:

Pok Li berkata...

semoga berjaya

ikan emas berkata...

Insyallah,
semoga berjaya ..terpahat lagi nama Malaysia.

Suke dengar berita macam nie kan..macam kartun Lat tuu

Mawar berkata...

Salam Sdr Anuar
TAHNIAH, ya acara bersejarah. saya bahagia dapat turut serta. salam takzim dan perjuangan kepada ITNM bagi melestarikan bahasa dan sastera MELAYU.